Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 9, 2017

Pengat pisang tanduk


 pengat pisang tanduk yang kak rose buat minggu lepas, nak jugak tepek kat dapo maya ni... kita punya dapo, suka suki lah nak letak apa pun kan... seperiuk ni sekejap je kami tiga beranak mengadapnya... lemak manis dengan pisang tanduk yang sedap tu... memang ngam sangat la.

 
Bahan-Bahannya :-

Sebiji pisang tanduk yang besar
4 sudu besar sagu biji (direndam sekejap dengan air)
500ml santan
1/2 ketul gula melaka (dipotong kecil supaya senang larut)
2 sudu besar gula
2 helai daun pandan (diikat simpul)

Cara Membuatnya :-
  • Dalam satu periuk, masukkan santan, gula, gula melaka dan daun pandan. Masakkan dengan api sederhana. Kacau selalu hingga mendidih.
  • Biji sagu yang direndam, dicuci dan toskan. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk. Kacau selalu hingga sagu masak (sagu menjadi biji jernih).
  • Akhir sekali masukkan pisang. Kacau seketika hingga pisang masak. Padamkan api dan hidangkan.

2 comments:

Phong Hong said...

This is my father's favorite dessert :) PH kena simpan resipi Kak Rose so that boleh masak untuk ayah.

Sara said...

Bubur favourite saya... Boleh lah saya cuba buat lepas ni. Selalu beli aje!