Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 14, 2017

Nasi lemak dihari cuti

 nasi lemak dihujung minggu... hari minggu je la yang kami ada bersama anak beranak... bila hari bekerja memang susah sangat nak duduk semeja makan sama-sama... kadang2 siayah balik lambat, lain hari anak pulak yang terlewat... cuma tukang masak ni jer yang sentiasa ada... so bila ada kesempatan ni lah boleh nak memasak untuk keluarga... tapi nasi lemak kak rose ni memang tak de ikan bilis dan kacang goreng... en asben tak makan kacang goreng, dan kak rose pulak sangat allergic dengan kacang goreng dan ikan bilis tu... daripada seksa nak menggaru, biarlah nasik lemak kak rose ni togel jer... cuma kak rose buat dua versi sambal, yang ada ikan bilis untuk en asben dan satu lagi kosong jer untuk kami dua beranak.

nasi lemak togel kak rose... Alhamdulillah dengan rezekiNya.

2 comments:

Phong Hong said...

Togel pun, togel lah. Asal sedap :)

Nina Mahdar said...

sedapnya :)