Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 6, 2017

Asam pedas ikan kerisi

 Ikan kerisi yang en asben beli kat pasar tani stadium pada hari ahad lepas.... bli pun empat ekor jer, tu pun dah 22 hengget, agaknya lepas ni lagi lah mahal sbb harga minyak dah naik, yang pasti transportation pun naik dan yang jadi mangsa adalah kita sebagai pembeli ni kan... nak bela ikan sendiri tak de lak kolam, tapi ikan kerisi ni mana pulak nak hidup kat kolam... kena jadi nelayan kelaut pulak kalo tak nak beli kan... merapu meraban dah kak rose ni. apo dayo rakyat marhaen cam kita ni... bertabahlah!

masak asam podeh campur dengan bendi, 2 ekor ni cukuplah untuk kami 3 beranak sekali menghadap... makan dengan nasi hangat2 dan sayur siew pak choy dengan sos tiram. Alhamdulillah dengan rezekiNya.  resepinya..



2 ekor ikan kerisi
2 sudu makan cili kisar
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
½  inci halia*
½ kiub pati ikan bilis
4 tangkai daun kesom
1 cawan air asam jawa
Secukup rasa garam
Secukup rasa gula
6 batang bendi
Minyak dan air secukupnya




Kisar bahan yg bertanda *
Panaskan minyak 
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak 
Masukkan daun kesom dan air asam jawa 
Masukkan ikan
Tuang air secukupnya
Masukkan garam dan gula 
Tunggu hingga kuah menggelegak barulah masukkan bendi

2 comments:

Phong Hong said...

Sedap ni, Kak Rose. Kalau PH makan, hirup kuah sekali :)

Ogy said...

Memang mahal la kak Rose ikan skrg..nak makan punya pasal..bertabah juga lah...
Bendi dan asam pedas tak dpt dipisahkan..terbaik la kak Rose..