Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 20, 2017

Nasi goreng daging... lagi

 Bila kerajinan tak berapa ada nak masak lauk, kita buat jer all in one gitu! nasi goreng daging ni lengkap dah dengan lauk dan sayurnya dalam tu... kira jadi penyelamat disaat kemalasan melanda tapi perut berkeroncon meminta minta perlu diisi... kali ni kak rose masak banyak, kiranya cukup untuk kami tiga beranak... tapi bila anak balik kerja, dia  tak nak makan nasik pulak.... so memang banyak berlebih la... terus pack masuk dalam tupperware and zassss dalam fridge... esoknya kak rose just reheat n lunch was done! senang keja kak rose kan..

resepi dari AlongRoz, mekasih ya....

Bahan-bahan


  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - kak rose buh daging kisar jer
  • Segenggam mix vege  (kak rose letak carrot n kubis )
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah
Cara-cara

  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

2 comments:

Haslina said...

nyum2.. sedapnya..

Phong Hong said...

Biasanya kalau sedap, akan repeat lagi dan lagi..