Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 7, 2017

Kek oren moist

 buat kek atas permintaan en asben yang katanya dah lama kak rose tak buat kek... kalau ada yang nak makan memang boleh jer nak buat... masa kat Penang dulu anak2 kawan yang bermain kat taman waktu petang tu lah yang jadi mangsa tolong abeskan... tapi kat sini tak de sapa la pulak... customer dirumah ni pun asik malam jer baru sampai rumah, so bila dah letih tu, memang tak de la mengadapnya... yang ni kak rose buat pun cuma separuh dari adunan tu.... dapatlah 12 biji dengan paper cup dan cup silicon ni...

 resepi yang mudah dan sangat moist kejadian kek ni dan kak rose bakar dalam 25 minits dengan cup kecik2 ni...

Bahan-bahannya :

1 bar butter
1 cawan gula castor/halus
4 biji telur
1 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla
2 sudu pati oren (kak rose guna sunkist)
sedikit parutan kulit oren (1 biji oren sunkist)


Cara-cara membuatnya:

1. pukul butter dan gula menggunakan mixer.
2. masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
3. masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kaup   
    menggunakan senduk kayu sahaja.(jgn gunakan mixer).
4. masukkan esen vanilla, pati oren dan parutan kulit oren dan kaup.
5. masukkan susu segar dan kaup lagi.
6. setelah adunan sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yg telah disapu dengan butter.
7. bakar adunan dengan suhu 180c selama 40 minit.

parutan kulit oren sunkist untuk tambah rasa dalam kek tu....

3 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Sedapnya kak rose..
Lama tak makan kek oren.

Phong Hong said...

Mmmm...terbau aroma oren sampai ke ofis PH...

NINA FARHANA said...

Tq sudi share resepi. Bru nk try buat. 😁😁

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1