Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, February 4, 2017

Kuih ketayap

 Asalamualaikum dan salam hujung minggu kawan2... semuga semuanya ceria disamping keluarga tersayang... dan pagi ni kak rose nak buat entry kuih ketayap yang kak rose buat semalam untuk majlis bacaan Surah Al-Khafi kat rumah kawan. seminggu sekali kami adakan majlis bacaan ni dengan memasing bawak kuih style pot luck untuk makan2 selepas bacaan tu... meriah sungguh kuih2 yang dibawa oleh jemaah semua... sampai tak tahu nak pilih yang mana nak makan... tapi tu lah, tak berkesempatan untuk nak amik gambo semuanya.... so tepek kuih kak rose je lah ya..

untuk kulit: resepinya..

Bahan-bahan untuk kulit:

*1 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh garam
*2 cawan air
*1 sudu besar air pandan
*sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar

Cara-cara
Blend semua bahan yg bertanda *.
Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
Angkat.Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.


 Bahan untuk inti

1 biji kelapa parut
setengah ketul gula kabung
3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan

Caranya: Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak. 

Angkat dan sejukkan.

sebelum majlis.... melayan sikembar ni baca buku sambil gosok2 ditangan sampai mengantuk dia, mudah siibu nak join kami.... pandai behave pulak tu. pendedahan awal yang bagus untuk sikembar.

1 comment:

Phong Hong said...

PH suka kuih ketayap. Dah lama tak makan. Rindu plak.