Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 22, 2015

Apam nasi

keadaan diluar yang berjerebu membuatkan yang tak boleh nak keluar rumah pun berjerubu jugak.... asik nak kedapo jer kerjanya... dan mula lah projek apam beras kaler maler yang gebus gebas ni.... makan cicah dengan kelapa bergaram bersama secawan nescafe o memang sangat heaven buat kak rose.... cumanya kelapa tu tak de yang muda, yang tua pun jadilah... asalkan ade kelapa pun sudah cukup bagus kan..

salah jerebu atau pun mulut dan perut yang asik nak makan jer ni... siap2 bancuh dan buh kaler siap2.... dan tunggu biar sampai naik kembang...

 masuk dalam acuan lompang dan ready untuk kukus...

dah siap untuk dinikmati.... resepinya kak rose kongsikan kat sini ya.....

Bahan-bahan


  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
 
Cara-cara


  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

7 comments:

Rizziela said...

cantiknya..colourful..blm pernah buat...nanti nak try la

cahayahidupku.blogspot.my said...

Cantik berwarna warni ..
Ni kalau nabil tengok mesti teruja..
senang nak buat apam ni ..
kena ada angin R bertiup kat saya ni kakrose :)

:: Dhiya :: said...

saya pun tgh buat..tu tgh tgu 3 jam diperap.harap2 menjadilaaaa

Kak Rose said...

Rizzela, selamat mencuba ya...

Kak Rose said...

Yati, meh kak rose tiupkan vit R tu.... fuhhh fuhhh...

Kak Rose said...

Dhiya, nnti boleh la kongsikan hasilnya...

li said...

Apam traffic light comel.
Take care Kak Rose semoga sentiasa sihat.
Health Effects of Haze (and How You Can Protect Yourself)
http://blissair.com/health-effects-of-haze.htm