Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 23, 2015

Lepat keledek

 first time buat lepat keledek... sedap jugak but not to my liking sepenuhnya la.... lebih suka kalau buat kuih bakar or yang goreng2 tu... yang paling suka bila goreng dan makan ciciah dengan sambal kicap jawa tu.... mmg umphhh gitu. dapat resepi ni dari kawan2 yang kongsikan kat fb, since ada stok keledek dan daun pisang, so tak la salahnya mencuba kan... meh kak rose kongsikan resepinya kat sini... kalau ada sapa2 nak mencuba pulak ya.




BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji keledek merah | direbus dan dilecekkan (kak rose guna keledek oren)
  • 500 ml santan
  • 100 gm tepung beras
  • 2 sudu makan marjerin | dicairkan
  • 120 gm gula
  • Secubit garam
  • Daun pisang | untuk membungkus
 CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau di atas api hingga pekat.
2. Ambil daun pisang yang siap digunting dan sapukan sedikit minyak di atasnya.
3. Ambil satu sudu besar adunan tadi dan letakkan di atas daun pisang.
4. Lipat kemas daun pisang seperti membuat lepat.
5. Sediakan kukusan dan kukus selama 20 minit.

1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Nak rasanya kena buatlah ye kak rose..
Nampak macam sedap tu..
Saya suka keledek goreng..
ataupun kuih keria :D