Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 15, 2015

Kuih rengas

 Lama sangat teringin nak buat kuih rengas ni tapi baru kali ni kesampaian hajat di hati tu... ade saja yang membuatkan kerajinan tergendala, walaupun kacang hijau tu dah lama bertapa dalam fridge... he he sampai simpan dalam fridge takut tak terbuat nanti rosak sesaja.... sayang jugak kan. bila dah mula kan projek nak buat ni tak de la susah mana pun... cuma agak lama nak siapkan kacang inti tu dan after that sejukkan dan zassss.... yeah.... dah jadi pun kuih rengas kak rose ni...

mekasih pada kak Hanieliza yang kongsikan resepinya.... first time buat dan hati manyak suka sbb menjadi dengan jayanya dan sedap pulak tu.... len kali boleh buat lagi nih. resepinya.... dapat banyak jugak ni.... dan separuh kak rose goreng separuh masak dan frozenkan.

Bahan
1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha]
3 s/b tepung gandum

Bahan Batter [Gorengan]
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan

2 comments:

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum....oh..namanya kuih rengas...saya selalu panggil kuih kacang sahaja.....terima kasih

Kak Rose said...

Ade orang pangiil kuih kasturi pun ya jugak....