Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 20, 2015

Semuanya bertemu dalam kuali.

 Asalamualaikum dan selamat tengah hari semua.... juadah apa untuk tengahari ni ya? apa kata buat sambal tumis ikan bilis dengan petai cam ni.... pada yang suka petai pasti bertambah selera makan kan... sebenarnya kak rose ni memang tak pernah beli petai sbb tak makan tapi yang ni ada kawan bagi, so buatlah sambal yang en. asben suka makan.... petai kawan balik kg di kelantan yang bagi dan ikan bilis pulak lagi jauh nun dari KK dan bersatu dalam kuali kat rumah kak rose ni...

resepi sambal tumis ikan bilis petai.... mekasih kkida

Bahan-bahan
1 cawan ikan bilis, goreng setengah garing (kak rose tak goreng pun as per en asben request)
1/2 cawan petai, tak perlu buang kulit, hanya dikikis sedikit dan belah dua.
10 biji cili kering, dikisar - ikut la kepedasan memasing ya...
2 ulas bawang putih, tumbuk
1/2 cawan air
2 sdb air asam jawa
1 biji bawang besar, potong bulat
1 sdk serbuk belacan (kak rose gantikan dengan kiub pati ikan bilis)
2 sdb gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat

Tumis bahan blender hingga garing. Masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau hingga wangi.
Masukkan gula, garam, petai dan bawang besar. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan ikan bilis dan setengah cawan air dan masak sehingga mendidih dan pekat.
Boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak.

3 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Rugi Kak Rose tak makan petai.. petai sedap wooo.. hahaha.
Teringat sy zaman study dulu.. kalau mkn di satu kedai tu, mmg inilah lauk yg selalu sy amek. Bubuh banyak2 dlm pinggan.. hihi

Alin Marlini said...

feveret ni...hehehhe

Zie Azi said...

wawa wauu ..tolong nk pengsan. dah ngences..
sedap ye sambal ikan bilis petai ni..tgok gambaq pun dah terliuq..