Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, October 19, 2015

Sandwich sadin untuk dinner

 seharian berjalan keliling pulau dan lunch pun singgah jer tengah perjalanan... so kirannya ni kali kedua kami berjalan keliling pulau.... tapi nasib kurang baik jer sbb nak singgah kat tempat2 tinjau di sepanjang jalan tu keadaan sangat berjerebu... jadinya duduk jer dalam kereta... cuma bila sampai taman bunga jer kami singgah sekejap untuk amik gambo bersama pelancung tetap kat situ --> monyet!

 dan sebelum balik tu singgah tesco bli grocery sket... memang beli sikit jer pun dah 160+... apalah nasib rakyat macam kita ni... semuanya mahal kan... nak makan sandwich, beli sadin kecik tu pun dah 5.45, cukup buat sandwich untuk kami berdua... kalau keluarga yang ramai.... entah lah.... kalau dulu sadin ni lauk untuk kita masa hujung2 bulan, tetapi sekarng tidak lagi..... dan bergst lagi tu!

 enough rambling, meh sediakan sandwich sadin ni... boleh jugak isi perut kan. resepi mudah dari Azie, mekasih ya..

Sandwich Sardin

Bahan bahan:
1 tin sardin
Garam
3-4 ulas bawang merah - hiris
Air asam limau nipis
2 biji cili merah dan hijau
Timun
Tomato buah
Bawang besar
Roti
Butter
 

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah yang dihiris sehingga wangi. Masukkan sardin yang telah dilecek. Masukkan sedikit sos sardin. Kacau rata sehingga nampak masak. Masukkan cili yang telah dihiris. Masukkan garam dan air asam limau nipis. Angkat. Sudukan lebihan minyak.
 
kalau beli dah siap lagi mahal kan... so sediakan sendiri je, boleh letak isi lebih2 denagn apa yang tekak kita suka nak makan.

1 comment:

Zie Azi said...

ahhh..sedap ye..