Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, October 31, 2015

Kuih cara manis

 kuih cara manis yang mudah disediakan dan cepatlah dapat menikmatinya.... kak rose ni memang suka buat kuih yang mudah2 dan dengan bahan yang selalunya ada di dapor kita... santan pun kak rose guna yang kotak, tak perlu bersusah payah nak memerah kelapa bagai kan... semuanya nak mudah saja. cukuplah untuk juadah minum petang kami...

kalau ada kengkawan nak mencuba resepi mudah ni, kak rose kongsikan kat sini ya...
Mekasih tuan punya resepi asal, Resepi Nannie

BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
secubit garam
garam secukupnya
 
CARA MEMASAK :

~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.

~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis. (kak rose guna kaler hijau n santan kotak jer)

~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .
~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.
 

1 comment:

Mrs said...

Senang rupanya... ingatkan susah hihihi...
Esok rasa nak coba buat, semua bahan pun memang sedia ada kat umah...
Pakai cetakan kuih serabi boleh juga kan kak ya?