Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 16, 2015

Kuih koci pulut hitam

 Haissshhhh!!!! memang tak pernah berjaya nak membungkus kuih koci ni.... bila tengok orang buat cantik2 memang teruja nak buat. dulu masa masih di Shah Alam, ada kawan yang memang selalu buat kuih koci untuk2 apa2 jamuan.. so dia pun ada ajar camner nak membungkus tu... tapi dah memang keras tangan kak rose ni, susah betul nak menjadi... so ini lah jadinya bungkusan kuih koci kak rose.... asalkan berbalut... he he he

apa ade kisah dengan bungkusan kan.... yang penting teramatlah sedapnya bila dapat makan kuih koci ni... dengan santan yang lemak masin, bertambah2 lah lemak nak menepek tumpang sekaki.. resepi kak rose cnp daru blog Yatie, mekasih ya..

Bahan-bahan ( 20 biji-akak dpt 25 biji )

BAHAN2 UNTUK DOH:-
  • 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 2 sudu besar tepung gandum- saya tambah (kak rose pun tambah)
  • secubit garam-saya tambah
  • 1 1/2 cawan air
BAHAN2 UNTUK INTI:-
  • 1 biji kelapa parut putih basah (yg tidak terlalu tua)
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air
BAHAN2 LAIN:-
  • Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
  • 1 cawan pati santan + secubit garam
 Cara-cara

UNTUK INTI:-
  1. Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
  2. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
  4. Angkat dan sejukkan.
UNTUK DOH:-
  1. Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.Saya tambah tpng gandum
  2. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan dulu.
UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:-
  1. Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi.
  2. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
  3. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
  4. Kemudian lipat seperti biasa.
  5. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kuih koci bergantung pada saiz kueh masing2.

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Yang penting kuih koci tu sedap ye kak rose..
Dah lama pulak tak buat kuih koci..
Dah terliur pulak tengok kuih koci kak rose ni :)

Kak Rose said...

Memang sedap Yati, tapi rupanya sangatlah hazab!!!

SEO Expert Pakistan said...

what a cool photo.Excellent working
http://www.auratrends.co.uk/
http://grabbit.com.pk/