Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, October 24, 2015

Cucur ikan bilis rangup

 asalkan namanya cucur memang jadi pebret kak rose.... dan ternampak resepi dengan gambarnya yang cantik molat2 cucur tu, lagi lah teruja nak buatnya... tapi yang sebenarnya nak makan tu yang pastinya... tapi kejadiannya tidaklah secantik tuan punya resepi, tak kisahla kan asalkan sedap sudah cukup buat kak rose.... memang rangup diluar dan lembut sangat dalamnya... tak sedar dah habis sepiring!

 bancuhan yang sedikit lembik sbb tak dapat nak agak air tu banyak mana... bila jadi agak2 person, cam ni la jadinya.... dan bila nak bulat2kan tu pun jadi lah dia sengat herot merot.... dan itulah end resultnya...

resepi dari fb, terima kasih yang kongsikan resepinya... mintak halal kak rose nak kongsikan kat sini ya...

Bahan-bahan :
Tepung gandum
Bawang besar (Didadu)
Ikan bilis (Ditumbuk halus) (kak rose gantikan dengan udang geragau)
Garam secukup rasa
Sedikit lobak (Dihiris)
Sedikit daun sup
Air panas mendidih secukupnya


Cara-cara :
1) Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah serta daun sup.
2) Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok menggunakan bekas yang besar.
3) Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian.
4) Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh. Pastikan gaul tepung ini dengan menggunakan sudu.
5) Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh seperti di dalam gambar. Ikut kesesuaian nak buat saiz apa.
6) Goreng seperti biasa dan selalu balikkan cucur sehingga garing sekata.

2 comments:

Nooriah Abdullah said...

amboii kakrose tengok time tenghari mcm lapar lah pualk walaupun baru makan nasik ni

Kak Rose said...

Noor, cekodok any time pun boleh... sepanjang masa pebret nih!