Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, October 10, 2015

Soda herbs yang sedap

 salam berhujung minggu buat kawan2 semua.... menu apa agaknya untuk hidangan keluarga hari ini ya?... soda herbs yang sedap ni ak rose buat semalam.... lama dah beli bahan2 tapi tak terbuat... sebabnya kak rose ni bukanlah suka nak minum air botol yang manis2 cenggini... tapi bila tengok kawan2 dok buat tayangan amal tu memang tergoda dibuatnya....

 empat bahan utama tu jer yang belinya, serai dan daun pudina amik jer kat laman sekangkang kera kak rose tu... walaupun selalu jer bergaduh dengan kucing yang tak de jamban tu, tapi pokok ni tetap subur.... dibelai dengan penuh kasih sayang oleh tuannya yang rajin ni.... uweekkk!!!

 so meh la sediakan minuman soda herb yang sangat mengancam jiwa dan raga selagi belum dapat merasanya.... kak rose amik resepi kat blog ita, mekasih ya... tapi tang presenataion tu memang out la kalau nak compare.... jauh bagai langit dengan bumi....

1 botol air aiscream soda ~ botol besar
1 tin laychee ~ ambil buahnya sahaja kalau nak guna longan pun boleh
2 batang serai ~ di titik
daun pudina ~ terpulang nak letak banyak mana
1 biji lemon ~ di hiris nipis
5 biji asam boi putih
ketulan ais secukupnya

bila dapat menikmati soda herbs ni, tapi rasa manis sangat .... mungkin sbb kak rose letak cuma empat ketul ice cube.... so kak rose tambahkan sedikit air masak untuk imbangkan kemanisannya... baru lah dapat menikmatinya dengan rasa aman.

Mula-mula kita cuci semua bahan bersih
Hiriskan lemon nipis-nipis
Sediakan bekas yang bersesuaian
Letakkan daun pudina secukupnya
Kemudian masukkan lemon yang telah di hiris
Dan di ikuti asam boi putih
Kemudian masukkan buah laychee atau longan
Tuangkan air aiscream soda secukupnya
Letakkan ketulan ais jika suka
Dan akhir sekali masukkan serai yang telah di titik perdunya
Sedia di nikmati

8 comments:

kerja sendiri said...

bandung soda saya tak berapa suka tapi bila tengok bahan2 dia maybe nak kene try dulu sebelum kata tak sedap.

Kak Rose said...

Tak cuba tak tau kan....camne pun citarasa memasing tak sama kan.

Gee® said...

Haisy...tak boleh jadi ni... nk kena try juga... sedap nmpknya

Rizziela said...

mmg tgk famous skg ni kan..blh try nanti

Rizziela said...

mmg tgk famous skg ni kan..blh try nanti

Unknown said...

mmang sedap

Unknown said...

mmang sedap

nur syuhaida said...

Sedap