Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, March 7, 2014

Pulut seri warna

Asalamualaikum dipagi Jumaat yang barakah. buat kuih ni malam semalam untuk buah tangan bacaan surah al-khafi pagi ni.... dah selamat pun kuih ni, walaupun kaler oren tu macam tertumpah jer dalam adunan sampai tang kaler kuning terus hilang dari pandangan!!! yang nampak oren n hijau yang pucat tu je!

 bila dah garu kepala sbb terlebih kaler oren, terus lah berhati2 untuk next kaler... terkurang lah sudah, sampai x nampak kuning tu. apa pun mmg sedap kuih ni dengan lemak n manis yang sangat sesuai untuk ternak lemak, yang penting sangat laku masa makan2 selepas bacaan surah ak-khafi tadi. Alhamdullilah dan terima kasih pada Yatie yang sudi kongsikan resepi ni.


Lapisan Bawah:

  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis.

Lapisan Atas

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
Cara Penyediaan

  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian (kak rose buat 3 kaler jer)
  3. Masukkan pewarna hijau, merah, kuning dan purple dlm setiap bahagian.
  4. Masukkan 1 senduk adunan hijau keatas lapisan pulut tadi dan kukus selama 7 minit.
  5. Lapiskan pula 1 senduk adunan merah dan kukus lagi selama 7 minit.
  6. Lapiskan lagi adunan purple dan kukus selama 7 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan kuning dan kukus lagi selama 7 minit.
  8. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lagi selama 20 minit ).
  9. Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik.
  10. Sejukkan dan bolehlah dipotong.

1 comment:

Yatie said...

sedapnya tngk pulut seri warna K.Rose ni, lama Yatie tak menalam..tetiba teringinlah plk...suka kuih2 mcm ni...