Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, March 21, 2014

Kerepek pisang

 buat kudapan sambil ngadap komputer...x sedar boleh habis sebalang.... tau2 dah kenyang peroooot! tp ni kak rose guna pisanga awak yang kak rose bawak dari kampung... belasah jer dengan pisang yang dah nak masak...manis2 masin jadinya. tp lupa nak boh kunyit dalam minyak la pulak.... maklumlah pertama kali nak buat kerepek pisang ni....excited lebih sampai terlupa tang kunyit tu! so ni kira original kaler la... resepi dari Myresipi, mekasih rosmazamri.

Bahan-bahan

  • pisang nipah yg dah agak-agak tua(ikut suka la kuantitinya)
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam dan gula sebagai perasa ( larutkan kedua dalam air suam)

Cara-cara

  1. panaskan minyak
  2. masukkan sedikit serbuk kunyit dalam minyak( untuk naikkan seri kerepek nanti)
  3. bila minyak dah agak panas. sagat pisang yang telah dikupas kulitnya terus dalam minyak supaya tak melekat antara satu sama lain..
  4. masukkan 1 atau 2 sudu air garam + gula tadi
  5. goreng la sampai masak, then angkat dan toskan...boleh la rasa masin manisnyer..kalau tawar tambah lg sukatan gula n garamnya.

2 comments:

adda syuhada said...

kunyah2 depan tv best nih...

Bicara Kak Noor said...

ada lagi tak kak Rose nak minta cikit utk jajan ni..