Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, March 22, 2014

Kuih lopes yang laris!!!

 kuih lopes yang kak rose buat untuk buah tangan semasa majlis bacaan surah Al-Khafi pagi semalam.... aktiviti setiap pagi jumaat kami warga muslimat di kawasan kejiranan kak rose... seronok dengan perjumpaan cam ni selain menghadiri kuliah yang diadakan setiap hari selasa dan rabu... buat pun x banyak sbb semua yang hadir memasing dengan bermacam kuih....tp lopes ni jugak yang laris!

 terima kasih pada tulip77 yang kongsikan resepi ni...cuma kak rose doublekan bahannya...

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka (kak rose guna sekeping beso tu)
  • 5 sb gula (omit this one)
  • 3 cawan air

 gebang2 sebelum bacaan bermula...

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula. 
 
orang kuat majlis kami.... Puan Kalsom, Puan Hjh Mariam n Puan Fadilla.... terima kasih semua.

2 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Anak2 saya suka sgt kuih lopes ni kak rose, selalu beli kat pasar malam jer.. nak cubalah resepi ni pulak ;)

Kak Rose said...

Cubalah Yati, sedap. berebut mak2 amik pas mengaji tu!