Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, March 24, 2014

Pengat pisang bersagu

 pengat pisang yang tinggal sejarah tapi nak jugak tepek kat sini. bila balik kampung, setandan pisang emak soh bawak balik sini...mmg x termakan kalau kat kampung tu, selalunya emak mintak orang yang lalu lalang depan rumah tolong potongkan n bagi kat derang... macam tu jugak dengan cili api yang banyak mak tanam keliling rumah. walaupun mak x makan pedas, tp tanaman mak memang sangat menjadi.... rezeki jiran2 mak dikampung. dan pisang yang kak rose bawak balik ni pulak menjadi rezeki jiran2 kat sini lak.... yang selebihnya kak rose buat pengat ni, dan ade sesikat lagi.... nak wat apa ek?....

resepi pengat pisang mudah kak rose cnp dari blog MaDiHaA, mekasih ya..

Pengat Pisang Bersagu

Bahan2
1 sikat pisang (apa2 pisang yg sesuai spt pisang nipah, sematu, nangka, abu dll)
3 cawan santan pekat
1 cawan air/santai cair
1 1/2 sudu besar sagu biji halus ~ basuh di air paip menggunakan penapis sebelum digunakan
gula merah secukupnya (anggaran 1/2 cawan ~ ikut manis sendiri)
1 helai daun pandan ~ cuci bersih & simpul
secubit garam

Cara2
1. Masak gula merah bersama air/santan cair hingga larut. Ketepikan dahulu.
2. Pisang dipotong serong ikut kesesuaian. 
3. Jerang santan bersama secubit garam & daun pandan. Pastikan sentiasa dikacau supaya tak membuak. Masukkan biji2 sagu yang dicuci dengan memperoikannya. Kacau sentiasa sehingga biji sagu nampak agak jernih sedikit.
4. Masukkan pisang yang dipotong dan terus masak hingga biji sagu jernih sepenuhnya. (pastikan tak berhenti mengacau2 kuah supaya santan tak berketul2). Akhir sekali tapiskan air gula merah ke dalam periuk & masak seketika. Jika nampak terlalu pekat boleh tambah air masak & terus masak lagi hingga mendidih. Sedia dihidangkan suam2 atau sejuk.

2 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Berpanjangan sedekah tu kan kak rose ;)

Kak Rose said...

Alhamdullilah, rezeki dari kampung, kita kongsikan sama2...