Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, March 15, 2014

Cucur jagung

menu minum petang yang sangat pebret. apa cucur pun mmg jadi kegemaran. simple n nice dan yang penting cepat disediakan dan mudahlah dapat menikmatinya... cucu jagung ni kak rose tambahkan batang celery yang didadu dan menambah kesedapan tekak jawa ni adalah sambal kicap tu... nak resepi sambal kicap tu boleh tengok kat sini ya. tapi kena pandai2 lah adjust ikut kepedasan memasing, kot nnti ada yang terbako lidah or keluar asap ditelinga pulak!

 mekasih ros, kak rose cilok resepinya ya.

Cucur Jagung Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com 

Bahan-bahanya
2 tongkol jagung yang belum direbus
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula
batang celery didadu - yg ni kak rose tambah
sedikit minyak masak untuk menggoreng

Cara-caranya
1. Buang kulit jagung dan asingkan batang jagung dan isinya, masukkan di dalam bekas kemudian masukkan tepung gandum, baking powder, air, garam dan gula, kacau sebati.
2. Biarkan dalam 10 minit baru digoreng, jemput-jemput kan kecil dan goreng didalam minyak panas hingga keperangan, sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

6 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Ptg smlm kak rose cucur jagung.. saya pagi ni cucur udang... yummy cucur jagung tu ;)

adda syuhada said...

cucur ni peberet en somi...klu minum ptg ari2 goreng cucur pun xper bg dia...hiihih

Muhammad Taufiq said...

Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

Muhammad Taufiq said...

Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

azieazah said...

Cucur Jagung ni paberet kami sefamily. Cuma jarang buat. Rasa nak pi cari jagung hari ni jugak. heheeh

Uncle Lee said...

Hello Kak Rose, how you doin'? Wow! Saya da lebeh riga puluh tahun have not eaten this. And yours looks so good! Sedap dan crispy.
Agak2 tujuh keping boleh juga, ha ha ha.
Have a great week, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.