Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, March 14, 2014

Apam labu

 Apam labu untuk buah tangan masa bacaan surah al-Khafi pagi tadi. buat petang semalam, tapi pagi ni baru lah isikan dengan kelapa yang tak berapa nak putih tu....suka buat apam dengan acuan kuih puteri ayu ni sbb senang nak bubuh kelapa tu... x tak la  berterabur comot kemomot kan...

 kak rose masih guna resepi yang pernah buat dulu, mekasih izah yang kongsikan resepi ni. nampak macam berjela resepi tu tapi sebenarnya mudah jer buatnya..

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)
  •  
  •  
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
 
lepas angkat dari kukusan pun nak posing jugak.... sampai lens kamera berkabus pun kena wap panas. hadoilaaa!!!!!

1 comment:

Bicara Kak Noor said...

macam sedappp je apam labu ni gebuss lah boleh try ni kena tunggu ada labu lah