Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 27, 2012

Masih membz kan diri...

siap dah ikat reben ni, 2500pcs... huh, lecur2 jari keras ku!

salam dan selamat pagi semua..... kenapalah sekarang ni sangat lah malas nak g briskwalk. bila stop je sangat liat nak mulakan balik.... nak bukak treadmill tu pun lagi la malas.... adoyai!!!! dan satu lagi sbb nak siapkan keja membzkan diri ni.... alasan apakah? sebenarnya x pandai pun nak buat munger2 ni suma, tp kan kawan ni nak sangat mintak tolong, so buat je la mana2 yg boleh ditolong.....

isikan manik dan kelopak pada dawai berambu2 ni sebanyak 3400 pcs.... boleh juling bijik mata!

dan ni lunch semalam, makaroni goreng yang ditaja oleh kawan yg bz buat bunga telor tu.... mekasih ya. boleh la kak rose concentrate buat keja tu suma..... harap2 boleh siap pada waktunya.

Sunday, March 25, 2012

Rosemary chicken grilled

sebelum kebakaran..... lagi lama perap lagi sedap.... meresap semua bahan ramuan

salam bermalasan dihari minggu semuanya.... ke kak rose je yg bermalas2an.... malas segalanya except one - makan! boleh cam tu? x kisahla kan boleh saja g keluar or tapau jer. senang keja. tp lepas tengahari nnti nak anta anak balik melaka lak.... so lagi la x berasap dapur bila berjalan ni kan.... anyway nak tayang ayam panggang yang dah tinggal bekas je ni. buat hari jumaat hari tu tp x dan nak post kat sini....mula tu nak buat ayam panggang serai tp punyalah malas nak g amik serai, so buat je dengan apa yg ada.... sementelah daun dried rosemary yg kak rose bli dulu ada banyak lagi.... jadilah rosemary grilled chicken ni.... resepi dari hana, sekali lagi kak rose kongsikan kat sini ya....

LEMON ROSEMARY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver) Diolah oleh Jeni.

Bahan-bahan
  • 1 kg ayam/1 ekor ayam
  • 1 biji lemon ( x letak... tu yg jadi rosemary chicken grilled je)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar olive oil
  • Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
  • 2 biji tomato atau lebih
  • Baby carrots - guna carrot besar yg dipotong2
  • 1 biji bawang besar dibelah 4
  • 2 sudu serbuk Paprika - ditambah
  • Kicap Pekat - ditambah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • hana tambah madu 2 sudu besar.
baru kuor dari oben.... habis lari suma bawang n kentang juga carrot.... tomato tu kak rose masuk bila dah hampir masak... x la overcook

Cara-cara
  • Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.(kak rose belasah buh sekali dalam loyang terus bako)
  • Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
  • Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
  • Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.(kak rose omit yg ni)
  • Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
  • Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
  • Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
  • Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan..bersama mashed potato dan salad. -hana tk wat mashed potato sbb dh byk sgt kentang! hihihi
close-up sket.... bawang dah bertukar kaler jadi pucat lesi je !

dan gandingan yang malas.... nasi putih n salad jer..... gandingan versi rajin leh tengok kat sini.... he he he.... rajin la sangat kan.

Saturday, March 24, 2012

Dia pun nak jugak!

bila ayah blikan mama phone baru yg harga ciput ni, anak bujang yg dah besar panjang tu pun nak jeleskan mama.... katanya duit elaun mingguan yg mama bagi tu nak simpan, nnti dapatlah bli phone yg di idamkan tu.... padahal yari tu baru 2 tahun je guna pun dan masih elok sangat.... tp katanya tu semua dah ketinggalan zaman, kawan2 suma dah guna yg canggih2, so dia pun teringin jugak.... tp yg sebenarnya jeleskan mama la tu.... mmg dari zaman kecik2 dulu, kalau mama bli barang dapur pun dia akan kata mama dapat bli banyak barang, busu x de pun! eikkk???? cam ni pun ade kan?

so lepas solat magrib tadi kami pun g lagi kedai tempat bli mamanya tadi tu kat subang parade.... dapatlah apa yg diidamkan.... mama kata ni hadiah orang sakit lutut, biar cepat sembuh. next friday baru dapat buat MRI scan.....

SDMC lagi......

Salam hujung minggu semuanya.... tapi hujung minggu yg x berapa nak dapat rehat buat kak rose.... hari khamis petang tu anak call katanya lutut tercedera semasa bermain bola sejak hari isnin lagi dan dah g doktor tp masih sakit dan x leh nak lipat habis.... sangat sakit bila duduk masa semayang. so semalam bawak g klinik kat Subang tp dia terus refer ke specialist di SDMC....dan hari ni sepagi kami berkampung kat sdmc. hari sabtu mmg ramai sangat pesakit luar yg nak jumpa specialist ni.... patient ke 4 pun kena tunggu sampai dekat kul 11 pagi....

seawal 8.30 pagi dah buat pendaftaran, tp klinik akan buka pada jam 9.30 pagi.... tp bila dah puas menunggu, nurse di kaunter tu bagi tau doktor akan hanya sampai pada jam 10. so kena tunggu lagi..

masa ni dah masuk kat bilik menunggu, bersedia untuk diperiksa... menjerit kesakitan bila doktor lipat kaki tu.... lepas pemeriksaan doktor suggest to buat MRI scan pulak.... dan appoinment untuk MRI scan tu hanya dapat slot pada hari Jumaat depan. for time being kena la tahan sakit.... wpun hanya sakit semasa nak lipat kaki tu , otherwise ok je. tp risau la jugak sbb nak balik ke U esok.... x leh la nak ponteng sbb next week ada test!

and sbb rekod yg di SDMC tu dah lama sangat, so nurse tu soh g amik darah pulak kat 5th floor ni... untuk update rekod.

Blood bank pun ada kat sini....

nurse yg sangat junior... berkali2 cucuk, beralih tangan kanan dan kiri, berikat bagai.... masih x dapat nak amik darah.... at last dia punya senior datang tolong, cucuk kali ke 4 baru la dapat amik darah tu.... mamanya intai dari luar, nampak nurse tu sangat takut2 nak cucuk..... hishhhh!

dah selesai kat sepital g subang parade lak.... isi perut dengan mekdonal jer.....

dan dapat jugak akhirnya pengganti tudung vision kak rose yg dipecahkan oleh hantu kak limah ni... kebetulan hari ni ada stok kat Parkson tu, teruslah amik satu....dekat setahun jugak asik dok cari x dapat2... tepon kawan yg kat Langkawi tu pun kata x de jual.... so tamatlah kisah pinjam tudung dari set yg satu lagi...

pandai ke nnti kak rose nak guna yg skrin touch ni? maklumlah keras tangan dan jari2 jugak... sungguh ketinggalan ketapi kan.... tp pada kak rose suka lagi yg sangat basic.... apa guna ada yg canggih2 tp x reti nak guna sbb malas membaca n explore sesuatu yg baru!

Wednesday, March 21, 2012

Minum petang style jawa

minum petang style jawa.... tempe goreng cicah dengan sambal kicap. nak makan tempe punya pasal, gigih berjalan kaki kekedai selepas briskwalk pagi tadi. semata2 nak beli tempe ni. mengalahkan mengidam bila terasa nak makan, apa lagi bila cicah dengan sambal kicap tu. mmg heaven kan... ada rasa ketumbar dalam tepung goreng tu yg menambahkan kesedapan....

resepinya kak rose dah penah kak rose tepek dulu kat sini, cnp dari rumah hana@myresepi. mekasih ya dan sekali lagi kak rose kongsikan kat sini....

  • 5 keping tempe (kak rose guna 2 keping yg dalam plastik tu...)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam dan air
  • BHN UTK SAMBAL KICAP
  • segengam chili padi (kak rose x tahan pedas... buh 2 biji jer cili api!)
  • 2 ulas bawang putih
  • gula
  • kicap manis

Cara-cara

  1. Potong serong tempe nipis2 supaya rangup.
  2. Tumbuk bwg putih n ketumbar.
  3. Campurkan tepung dengan bhn tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Then masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cair macam tepung nk goreng pisang.
  4. Panaskan minyak, Dah panas bleh la goreng hingga kekuningan.
  5. Utk sambal kicap - tumbuk chili,bwg putih, dan gula. Then masukkan dlm mangkuk dan bubuhlah kicap. Dah siap..bleh cicah ngan tempe goreng td...

Fluffy pancake

satu adunan ni kak rose dapat 4 keping pancake comel ni.... cukuplah untuk kami 2 beranak. makan dengan madu n colorful n choc rice... best!

buat lagi fluffy pancake sedap ni petang semalam..... resepi yang sedap ni pasti akan ada ulang tayang dan akan berulang ulang lagi..... sejak jumpa resepi dari Nor secubitgaram ni dah x buat resepi pancake yg biasa tu.... dan ni pun atas permintaan anak dara kawan yg temankan kak rose malam tadi.. so buat pancake ni untuk dinner la kiranya. ada ke orang dinner dengan pancake? gasak je la kan.... asal perut kenyang.

resepinya, sekali lagi kak rose sharekan kat sini ya... mekasih Nor.

FLUFFY PANCAKE
source: Allrecipes
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.

masih dalam koli.... mula2 guna cenonet non-stick koli dan bila dah set atas dia, tebalikkan pada another koli.... senang keja kan, dan pancake akan come out comel jer!. mekasih pada Nor secubitgaram yg bagi tips memudahkan keja ni!

Tuesday, March 20, 2012

Menyibukkan diri....

cantik kan?.... dah dekat sebulan ni la kak rose dok bz tolong kawan nak siapkan tempahan yang sebanyak 860 kuntum.... tengok pun kak rose dah kecut perut takut x dapat nak siap tepat pada waktunya..... mmg renyah sungguh kejanya.... every each kena buat from stratch....tp kak rose yg keras tangan ni mmg x pandailah nak buat yang cam ni... tolong lilit gam kat kuntum2 bunga yg dah siap tu pun nak kena ajar jugak. mmg keras tangan sungguh!

kuntum bunga ni nak kena siapkan sebanyak 860, cer kira bunga setokin yg kena buat untuk kuntum ni, pas tu untuk daun dia pulak.... kak rose dah siapkan ikat bunga reben sebanyak 2240 pcs juga dawai untuk buat tangkai bunga tu.... sampai gelembong meletop jari ku ini!

kuntum ni pun banyak lagi nak kena siapkan.... pas tu nak kena cantum every each to resemble like yg kat atas tu.... cantik tapi sangat renyah buat orang yg keras tangan macam kak rose ni..