Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 1, 2021

Malaysia total lockdown

 1 June 2021

Allahhuakbar... segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, Tuhan yang maha pengasih dan penyayang kami mohon perlindunganMu dari segala bencana dan wabak ini. perkongsian dari fb, kak rose tepek kat sini buat peringatan diri sendiri terutamanya...
 

1 Jun 2021 : Reset - Restart - Reboot Hidup Kita
 
Mulai 1 Jun 2021 kita akan mula PKP Penuh. Jadikan tarikh ini sebagai titik mula untuk kita mulakan cara hidup dan gaya hidup baru.
Ubah dalam kepala otak kita berkaitan makanan, pakaian dan gaya hidup. Hidup sederhana. Sebelum ini makan nasi mesti 3 lauk, 1 lauk mesti ada kuah. Mulai sekarang makan nasi dengan 1 lauk pun sudah cukup. Ikat perut. Ikat ketat lagi.
Biar genting tetapi tidak putus. Biar lapar tetapi tidak mati.
Ya, sudah penat melayan hal ini. Ujian untuk semua. Sangat penat. Biarlah ini kali terakhir kita berjuang. Tahan dan bertahan sehabis daya.
Mohon pertolongan kepada Allah. Hanya Dia sahaja yang yang boleh tolong kita. Minta dengan penuh rasa rendah diri dan hina diri. Lihat pesanan Allah 'Azza wa Jalla kepada kaum Nabi Syuaib;
وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَا فِی قَرۡیَةࣲ مِّن نَّبِیٍّ إِلَّاۤ أَخَذۡنَاۤ أَهۡلَهَا بِٱلۡبَأۡسَاۤءِ وَٱلضَّرَّاۤءِ لَعَلَّهُمۡ یَضَّرَّعُونَ ﴿ ٩٤ ﴾
Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur). - Surah Al-A'raf : 94
Sewaktu berdoa, mintalah kebaikan untuk semua rakyat Malaysia dan pemimpin negara agar membuat keputusan yang mendahulukan rakyat terbawah. Banyakkan memuji Allah supaya Allah memberi perhatian kepada kita semua walaupun sudah banyak dosa dan perintah-Nya yang kita langgar.
Hayati doa Nabi Ayyub 'Alayhi salam;
۞ وَأَیُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥۤ أَنِّی مَسَّنِیَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّ ٰ⁠حِمِینَ ﴿ ٨٣ ﴾
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". - Surah al-Anbiya' : 83
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَرَبَهُ أَمْرٌ، قَالَ : " يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ ".
Daripada Anas bin Malik, beliau berkata, "Rasulullah Sollallahu 'Alayhi wa Sallam itu apabila mengalami kesusahan dalam urusan, baginda berdoa; 'Ya Hayyu, ya Qayyum, dengan rahmat-Mu aku meminta tolong.' - Sunan al- Tirmizi
Bilakah kali terakhir kita menangis di depan Allah? Di 'depan Allah' itu bukan bermaksud di tikar sejadah sahaja. Tetapi di mana sahaja. Kadang kala ada yang segan merintih dan menangis di rumah sendiri. Carilah tempat untuk bersendiri meminta kepada Allah.
Kali ini kita usaha sehabis daya, kerahkan daya fikir dan kreativiti. Pasti ada jalannya insya Allah.
Saifuddin Yusof
Asa belum putus.
 
** terima kasih pada penulis asal En saifuddin Yusof yang kongsikan artikel ini

 

2 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Moga ini lockdown untuk terakhir kali

Kak Rose said...

Itu lah yang kita harapkan... letih dah dengan keadaan yang mcam ni kan Cik Cappuccino Latte