Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 7, 2021

Sirap nenas

Alhamdulillah... hari ini cuaca sangat baik... panas sepanjang hari berbanding dengan bebehari lepas yang mendung dan hujan tanpa henti. banyak negeri dilanda banjir dan semuga mereka tabah menghadapi ujian diawal tahun ini. samalah kita berdoa semuga semua bencana banjir dan wabak covid ini segera berakhir di bumi tercinta ini. marilah tenangkan hati dengan minum sirap nenas yang sangat sedap nih. kalau ada stok nenas meh ler kita buat sirap ni.
Sebiji nenas
1 liter air
100 gm gula
50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
1. Potong nenas dalam bentuk kiub
2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.
4. Nak best lagi boleh tambah nata de coco
 

3 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Dulu sy sangat rajin buat nenas kiub ni, skrg lomau badan nak ngopek nenas tapi tengok post Kak Rose ni rasa teringinlah pulak

ANDAIANNYA said...

kat sini pun cuaca agak panas..so, rasa nak buat juga, resepi nampak mudah....Tq kongsi resepi

NARDtheNERD said...

sedap ni minum tengahari masa lunch.. nyumm :)