Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, January 15, 2021

Kuih cara berlauk

Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua... buat kuih cara berlauk untuk minum petang kami. kalau dulu hari jumaat jer mesti ada kuih hari jumaat kak rose untuk bawak g mengaji surah Al-Kahfi setiap pagi jumaat... kini semuanya tinggal kenangan. entah bila lah agaknya boleh stat balik... rindu sangat saat itu, nak gader2, baca Al-Kahfi  ramai2 dan lepas tu makan2 dengan bermacam buah tangan yang kami semua bawak.. happening sangat! kini buat kuih untuk makan sendiri jer lah...

Bahan untuk Inti

200g isi ayam cincang
1 biji bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
sedikit minyak untuk masak
sedikit daun bawang dan daun sup dipotong halus, potongan cili untuk hiasan
sedikit garam dan gula

Bahan untuk batter :

1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur

1 cawan santan
1 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur
 

Cara-cara membuat kuih cara berlauk:

1. untuk batter kuih cara, masukkan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair. ketepikan

2. untuk inti, panaskan minyak, tumis bawangputih yang ditumbuk, masukkan pes serbuk kari sehingga naik minyak. masukkan daging dan gaul sebati.

3. masukkan bawang, daun bawang dan garam. gaul sebati. masak hingga kering kuahnya.

4. panaskan acuan kuih cara di atas dapur, sapukan minyak pada acuan, masukkan batter kuih cara. kemudian masukkan inti kedalam batter kuih cara tersebut. hias dengan cili merah dan daun sup.

5. biarkan 7-8 minit atau sehingga kuih masak. 

2 comments:

Syaz Rahim said...

Untung buat sendiri, kakau beli mahal juga sekarang ni

Kak Rose said...

Betul tu.. buatnya pun mudah jer kan..