Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, January 18, 2021

Semur ayam

Asalamualaikum dan salam ber pkp dan ber darurat 2021

ber pkp dan berdarurat bermakna duduk rumah jer la kan.. dan duduk rumah maknanya asik masak dan makan jugak lah... dan sebagai tukang masak yang tak berapa nak rajin ni, sesekali kalau berkumpul makan en google memang jadi pembantu untuk cari resepi lah.. dengan syarat bahan ada kat rumah.  maklumlah nak keluar suka2 nak g beli barang pun dah merisaukan tukang masak ni kan.. jadi la masak dengan bahan yang sedia ada kat rumah jer.... jom masak semur ayam ni.. tq en google carikan resepi..ni kak rose guna 2 keping dada ayam tanpa tulang dan resepi sebagai panduan.. kita yang buat dia kan, so ikut lah selera sendiri. tapi memang sedap lah kat kak rose yang jawa nih!

Semur Ayam (Ayam Masak Kicap Jawa)

Bahan-bahan A :-
Ayam kampung /Ayam Bandar( digoreng dgn garam & serbuk kunyit tapi jangan goreng garing2 /tak nak goreng pun boleh)
Kentang (beberapa biji ikut suka dan boleh goreng kosong dulu kalau tak nak goreng pun tak mengapa)

Bahan-bahan B (untuk kuah) :-
Bawang kecil 4 ulas + Bawang putih 3 ulas + Halia ½ inci = ditumbuk
Sebatang serai-dititik
1 kuntum Bunga lawang-di tumbuk
1 batang Kulit Kayu Manis-ditumbuk-(Cik Ta beli yang serbuk)
2 biji Buah pelaga_tumbuk
4 kuntum Cengkih-tumbuk
Santan (saya guna santan kotak 1 kotak kecil)
1/2 cawan Kicap (Cik Ta guna Kicap Kipas Udang Manis)
Lada putih -1 camca besar (tumbuk- )
I cawan air
1 sudu teh air asam jawa

Cara memasak:-
Tumis bahan-bahan yg ditumbok bersama-sama bunga lawang,serai, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga kekuning-kuningan dan naik bau.Masukkan lada putih diikuti ayam dan kacau. Masukkan kicap kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat. (Api biarlah sederhana). Kacau perlahan-lahan lagi sehingga mendidih hingga ayam empuk. Masukkan kentang.

Apabila kentang empuk masukkan air asam jawa dan santan, kacau dan jangan biarkan santan pecah minyak.Rasa sama ada masin atau tidak, jika perlu tambah garam dan saya tambahkan serbuk perasa Hilal. Kuah boleh dalam keadaan kering pekat atau cair mengikut selera masing-masing.( Cik Ta buat kuah banyak sebab anak-anak sukakan kuahnya kalau mak mentua buat kering pekat)Kacau rata dan siap utk dihidangkan.

Enak dimakan dengan Nasi Ambeng atau Ketupat Nasi ...

 

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedapkan masakan semur ni, terasa2 rempahnya berbanding masak kicap biasa

Kak Rose said...

betul tu sk.. wangi jer bau masa masak tu..