Bahan-bahannya:
- Segenggam ikan bilis
- 3 cili padi kampung -potong 2(takut meletup2)
- 2 biji cili merah_saya tambah-di potong2 sebelum digoreng(takut meletup2)
- 1 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- sedikit kiub pati ikan bilis
- Minyak utk menggoreng
- Garam & ajinomoto secukup rasa
- Limau kasturi -ikut suka
Caranya:
- Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan goreng seketika bawang merah dan putih, angkat.
- Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup. -Tumbuk kesemuanya.Tapi kalau mahu ikan bilis yg terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali.
- Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.
2 comments:
MAHU TIGA KALI TAMBAH NASI NI
saya setuju benar dengan seri kandi di tanah jauhar hahaha..mau berpinggan2
Post a Comment