Selamat ber pkpp/pkpb hari yang ke 223 dan semuga pandemic ini cepat berakhir... Aamiin
Bahan-bahan:
3 bungkus kuey teow
7 ulas bawang putih - tumbuk kasar.
1 sudu besar cili kering kisar
Udang secukupnya
1 mangkuk taugeh
1 ikat daun kucai
3 biji telor
Garam
Bahan sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap mee
2-3 sudu besar kicap manis
Cara cara:
Kuey teow dicuci dan asingkan satu persatu lapis supaya ianya senang dikacau rata.
Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan cili kisar.
Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
Tuang sedikit air dan biarkan sehingga masak dan terbit minyak bagi memastikan cili benar benar garing.
Masukkan udang dan kacau rata. Kemudian masukkan semua bahan-bahan sos dan kicap. Kacau rata dan sesuaikan rasa
Kemudian masukkan kuey teow dan gaul rata. Ketepikan
sedikit kuey teow, tuang telur dan biarkan sehingga sedikit mengeras,
baru dikacau supaya telur berketul kasar. Kacau kuey teow dengan telur.
Akhir sekali, masukkan daun kucai dan taugeh. Kacau rata. Boleh tambah kicap jika mahu warna yang lebih gelap
2 comments:
sedanya
Hehe dalam resepi ni pakai 3 bungkus. Ngam dah untuk kami bertujuh...
Post a Comment