Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 4, 2018

Sweet pineapple cocktail

Asalamualaikum dan selamat tengahari...

 walaupun cuaca mendung, tapi nak jugak makan koktail nenas ni. sebenarnya nenas ni kak rose bawak balik dari kampung... manis sangat rasanya, maklumlah masak dipokok dan baru saja petik kan.. fresh from the kebun, gitu. 3 biji yang kak rose bawak balik, sebiji dah selamat buat sweet cocktail ni... makan atau minum sejuk2 memang ngam sangat. heaven. meh kakrose kongsikan resepinya.. dan resepi ni sebagai panduan, so pepandai lah nak mengadjust ikut kemanisan yang disukai...


Sebiji nenas
1 liter air
100 gm gula
50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
1. Potong nenas dalam bentuk kiub
2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.
4. Nak best lagi boleh tambah nata de coco

2 comments:

Norlaili A Wahab said...

terima kasih share resepi ni.
hari tu kat MAHA banyak betul orang promote nanas baru MD2

Kak Rose said...

Sama2 Norlaili.. tapi kalau MD2 tu sedap makan cam tu jer kot.