resepi masak lemak ciliapi udang dengan nenas ni..
BAHAN-BAHAN :
1 biji buah nenas
udang secukupnya
3 cawan santan - boleh tambah
2 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya(kak rose guna 2 biji jer ciliapinya)
3 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
Bersihkan buah nenas kemudian buang
empulur di bahagian tengah yg keras dan boleh la dipotong kecil buah nenas ni .
Bersihkan udang, tos dan
ketepikan dulu .
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan
daun kunyit ke dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua udang dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila dah masak dan cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau
kuah supaya santan tak pecah minyak.
No comments:
Post a Comment