kak rose kongsikan resepinya ya..
Bahan bahan
3 ketul ubi kayu ( saiz sederhana) - buang kulit,
bersihkan dan rebus hingga empuk
2 cawan santan 3 sudu makan gula pasir - tambah jika suka
lebih manis 1 ketul gula kabung
1 helai daun pandan - simpulkan
Secubit garam
2 sudu makan sagu biji -
rendam terlebih dahulu. rebuskan hingga jernih dan tapiskan.
Cara cara
1. Masukkan semua bahan kecuali ubi kayu ke
dalam periuk. Panaskan dengan api yang perlahan.
2. Sentiasa dikacau supya santan
tidak pecah minyak. Biarkan hingga gula hancur dan hampir mendidih.
3. Masukkan ubi kayu dan sagu biji yang telah direbus tadi. Biarkan
seketika dan kuah mendidih.
4. Dah siap boleh la dihidang.
1 comment:
sedapnya pengat ubi kayu..kegemaran acik nitapi di tempat acik susah sangat nak dapat ubikayu yang elok
Post a Comment