Asalamualaikum dan salam pagi isnin... dan selamat bercutilagiii..
sarapan apa pagi ni, kawan2 semua... atau masih bermalas2an untuk nak sediakan sarapan untuk keluarga. dan kalau rajin boleh jugak buat goreng keladi cam kak rose ni... orang kampung macam kak rose memang tak kisah kalau pepagi makan gorengan macam ni. apa lagi kalau ada cicah sambal kicap tu. memang terangkat lah. tapi yang ni kak rose buat untuk minum petang, kalau nak buat untuk sarapan pun tak de masaalah kan...
kak rose suka potong kecik2 dan rebus dulu, tapi jangan sampai empuk sangat, nanti susah pulak nak gorengkan takut lembik dan hancur je... so agak2 dan empuk sikit terus angkat dan toskan. biarkan sejuk sebentar dan gorenglah macam biasa... sangat sedap dinikmati bersama sambal kicap tu... ini untuk tekak kak rose la kan... ya lah lain orang, lain citarasa kan..
No comments:
Post a Comment