Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, May 28, 2018

Iftar#11 baru balik dari kampung...

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 12
cepat jer masa berlalu kan...

 juadah berbuka kami petang semalam... balik dari kampung singgah rnr Dengkil untuk solat n tapau satay kajang. sampai pun dah lewat petang, cuma goreng tempura dan potong buah jer. untuk lauk cuma panaskan leftover, sambal sadin, ayam kari dan gulai udang. Alhamdulillah.

hari sabtu pagi selepas subuh kami bertolak balik ke kampung... walaupun rumah kampung dah tak de sapa yang duduk setelah bapak dan emak dijemput Ilahi, kami adik beradik tetap luangkan masa berbuka dikampung... juga teruskan tradisi arwah untuk munjung kata orang jawa... iaitu berbagi juadah untuk berbuka. kami berkumpul dirumah adik untuk sediakan semuanya, gotong royong masak sama2.... nasi berani, ayam masak palembang, sambal tumis udang, sotong bakar dan udang bakar untuk bungkusan berkat. goodies bag kami cuma gula, 1 pack nasik impit dan kuih amplang,  kuih cincin dan  teh sabah. Alhamdulillah, jam 3 petang dah siap packing untuk delivery ke 40 buah rumah di kampung... so kami berbagi jugak tuk delivery tu... sorang sikit, jadi cepat jer siapnya... dan terus kerumah peninggalan arwah untuk sedia berbuka pulak..😢😢

 anak2 tolong packing goodies bag... mak2 sibuk kat dapo... x sempat nak amik gambo pun.

part of the 40 bag ready ready for delivery..

40 bag berkat nasi jugak... yang ni bahagian kak rose+family untuk distribute...

rumah terakhir untuk kami singgah... Alhamdulillah dapat jugak sambung apa yang arwah buat semasa hayatnya. Al-Fatihah untuk arwah emak, bapak dan adik...

sebelum balik sempat singgah kerumah abadi arwah.... titipan doa yang tak pernah putus dari kami semua. semuga emak, bapak dan adik tenang disana. Aamiin...😭😭


6 comments:

Ruzita Idias Ismail said...

alhamdulillah, syukur ibubapa yang punya anak boleh meneruskan apa yang ibubapa mereka lakukan dahulu. Zaman sekarang, agak susah jugak nak cari keluarga yang macam ni. Alhamdulillah, semuga ibubapa tenang disana.

Elaine said...

God bless you for your kindness

Kak Rose said...

Terima kasih Ruzita... itu lah janji kami adik beradik, semuga kami terus bersatu untuk arwah. Insya Allah.

Kak Rose said...

Tq Elaine,the same to you too.

Warisan Petani said...

Wah, wong parit rojo yo.

Kak Rose said...

WP, iyo...