Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 29, 2018

Tuan tanah g jenjalan...

 Nak jugak tepek kat sini tuan tanah g jenjalan temankan kawan yang nak g shopping. pantang diajak, memang nak ikut saja.... ya lah kita kan penganggur terhormat, tak terikat dengan commitment kerja, so anytime je boleh ronda2... lagi pun en asben pun benarkan sbb dia pun tak de masa nak bawak kita g kan... so terbang lah kami ke vietnam... cuci mata dan cuci poket jugak... rasa macam nak borong semua tudung duck, ariani, naelofar, bokita....kain lace siap jahit terus! bags lagi. kain cotton, baju kurung cotton ready made. tamak kan membeli.  ishhhh!!! x pe lepas ni puasa terus dari soping moping dah! tap boleh caya ker???? entah lah.

 pasar ben thanh yang sangat menggoda dengan kain lace yang tersangat banyakkkkk. rambang mata nak pilih... terbang jugak lah untuk 3 pasang siap jahit sekali! entah bila nak pakainya, tak tahu lah tu!

 pergi memang temankan kawan nak g shopping, so tak de la jenjalan sangat... cuma hari ke3 disana, seharian kami amik package untuk ke sungai mekong... jauh jugak nak travel kesana... dan dalam perjalanan tu tour guide tu bawah singgah tempat2 shopping yang semacam gudang... tudung, telekung, baju2 dan segala macam mak nenek pun ade! sediakan duit jer la..

 monument yang ada di bulatan masa dalam perjalanan ke sungai mekong tu..  dikiri kanan highway tu ada banyak sawah padi, dan dalam sawah tu ada kubur the owner yang dah meninggal... so berterabur merata tempat tengah sawah tu ade kubur lah...

 pintu gerbang welcoming visitor to sungai mekong... kinh chao- selamat datang. aimk gambar ni pun dari dalam bas jer..
 
since sampai di kawasan sungai mekong tu dah lewat tengahhari, kami singgah kat sini untuk makan dan tunai kewajipan... the only mesjid kat kawasan ni, katanya. 
 bersama tour guide yang akan bawa semasa sungai mekong tour... beri penerangan dalam bahasa melayu walaupun pelat dan tonggang terbalik, but at least kan....  ingatkan ada lah cruise sepanjang sungai mekong tu... rupanya cuma naik boat menyeberang sungai, dan diseberang sungai inilah banyak lain2 aktiviti dan tempat2 untuk dilawati oleh pelancung

 diakhir lawatan kami semua kena naik sampan ni menyusuri sungai kecik untuk balik ke boat masa datang tadi... kak rose ni memang penakut sangat nak naik sampan kecik cam ni, tapi tak de pilihan, kena naik jugak lah... muka cuak memanjang. jerit ketakutan tu usah cerita lah sepanjang 15 minit perjalanan tu! apa lagi masa berselisih dengan incoming sampan dan ade sedikit ombak, bergolek2 sampan. takutnya adoiiii lah. nasib baik jer tukang kayuh tu sporting sangat, sama2 gelak dengan kami semua.... dan end up bagi lebih sikit tips kat derang...

hari keempat, beg dah beranak2...nasib baik beli 100kg luggage,  moh ler kita cari jalan pulang dan lepas ni duk diam2 jer... tenung tudung dan kain yang banyak2 tu... huhu.

No comments: