Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, March 26, 2018

Jeruk belimbing buluh

 Musim buah belimbing berbuah lebat, tapi tak termakan... dan banyak yang gugur terbuang jer. sayang kan... dah buat jus asam boi pas tu dah tak tahu nak buat apa pulak.. tanya cik google, rupanya boleh jer buat jeruk macam ni... so moh le kita buat jeruk belimbing buluh ni... kna amik masa, bila dah siap tu memang dah tak masam dah...


Mula-mula bersihkan buah belimbing, basuh dengan air, toskan.
Kemudian isi dalam bekas - plastik ke kaca ke, tak kisah.
 Kemudian ambil garam halus dan tuangkan ke belimbing so that semua belimbing disalut garam tadi. Tak ada campur air tau
Ketepikan, biarkan demikian selama 2 hari.
Sementara itu, goncang-goncangkan botol dari masa ke semasa.
Bahan dalam garam itu akan menarik keluar air asam yang ada dalam buah..
toskan selepas 2 hari

 

Sementara itu, masak air gula cukup untuk tutup semua buah tadi. Biarkan sejuk betul.
Buang air bergaram tu. toskan buah tadi. jangan dibasuh
Tuangkan air gula sampai tertutup semua buah. 
 Ketepikan selama 2 hari, macam awalan tadi, goncang-goncang botol dari masa ke semasa.
Bila letak air gula, buah akan terapung.


Masak air gula sekali lagi, biarkan sejuk.
Buangkan air gula yang pertama tadi dan tuangkan air gula yang baru.
Masa ni bolehlah simpan botol jeruk dalam peti ais. tunggu lagi 2 hari, boleh makan. 😋😋

No comments: