Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 1, 2018

Cucur jagung manis

 ni kisah bila tersalah beli jagung dalam tin... sebenarnya kak rose nak beli jagung yg creamy tu untuk buat inti apam balik, tapi bila dah sampai rumah baru perasan corn kernels la pulak... maka terbantutlah projek nak buat apam balik tu... so daripada lama terbiar jagung tu meh la kita buat cucuq jagung manis pulak... sedap, apa lagi cicah dengan sambal kicap jawa tu.. makan tak leh berenti... hihi..

resepi cucur jagung manis...tak de resepi yang tepat, main taruk jer semuanya... asalkan sedap ditekak kami anak beranak kira ok la tu kan..

11/2 cawan tepung
1 cawan jagung dlm tin. toskan buang airnya

1 biji telor
gula
garam
sedikit baking powder
air secukupnya..

satukan semuanya dan gaul sebati... biarkan sebentar dan gorengkan dalam minyak yang banyak hingga kekuningan. angkat dan toskan minyak dengan kitchen towel.  dah boleh dinikmati dengan cicah sambal kicap macam kak rose atau pun makan gitu jer...


 
ni lah jagung yang tersilap beli tu... dah selamat jadi cekodok, kira tak la membazir kan....

1 comment:

Hans said...

hehehe sedap buat makan petang