Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 6, 2018

Salad limau bali

 salad atau kerabu? apa apa pun lah namanya...kecur air liur lagi masa menaip nih. sedap masam manis gitu. tapi limau bali yang kak rose beli ni isinya halus dan a bit kekuningan...walaupun halus, tapi yetap juicy...  tak macam limau bali tempatan yang selalu ipoh mali tu.... putih dan kasar2 isinya kan.puas jugak lah makan walau beli pun sebiji jer... maklumlah kak rose sorang jer yang makan... hihi... separuh nya kak rose buat salad or kerabu ni lah... sedap meratah apa lagi dengan tambah kacang goreng yang rangup krup krap nih...

 resepi salad ni kak rose copy dari sini... mekasih ya. mohon izinkan nak kongsikan kat sini..

Bahan-bahan

2 camca besar Kacang tanah panggang, dicincang
1 camca besar Bijan, digoreng kering


A
300 g Limau bali, dikupas & dijuring
2 batang Bunga kantan, dihiris halus
3 batang Serai, dihiris halus
4 Bawang merah, dihiris halus
3 batang Daun ketumbar, dihiris halus
4 Cili padi, dihiris halus (kak rose gantikan dengan cili mearh jer!)


B
1 camca besar Minyak masak (kak rose skip yg ni)
2 camca besar Gula atau secukup rasa
2 camca besar Jus limau nipis
2 camca teh maggi secukup rasa
½ camca teh Lada sulah atau secukup rasa 
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk, campurkan bahan A dan bahan B, gaul mesra.
  2. Taburkan kacang tanah cincang dan bijan.
  3. Hidangkan segera.
limau bali yang kak rose beli kat aeon...

1 comment:

Phong Hong said...

Oh, limau bali tu pomelo rupa2nya.