Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 15, 2018

basic dough roti


 minum petang, dengan roti panas2 baru kuor oben...

 laaaaaaamaaa sangat tak meroti... asik beli jer. lagi pun itu yang paling mudah kan, tinggal nak ngap jer... tapi bila dah ada bm ni nak jugak merasmikannya, lama beli dah dan sebelum ianya menjadi tukun didapo tu... meh la mencuba buat basic dough roti ni... al kisahnya, bila dah masukkan semua bahan dan tekan stat tu barulah teringat nak baca semula manual tu.. kenkonon terra, tak perlu kan manual tu... so ini lah jadinya bila malas membaca... baru tahu langit tinggi rendahnya kan..

 kena praktis buat lagi nih... kalau rajin lah... hihi

apa pun ini lah hasilnya, walaupun tak semedang, kena lah puas hati untuk percubaan pertama guna bm ni... nak jugak sedapkan hati sendiri kan...harap lepas ni lebih elok lagi lah kejadian roti nya selepas baca dan pahamkan manual tu... huhu.  jom semak resepi dari blog Noor secubitgaram yang telah sunyi sepi tanpa update tu...

BASIC DOUGH
sumber: Kak Nor
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

 
 new toys kat dapo, harap tak jadi tukun lah!

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.

sambung esok paginya.... untuk bekpes pulak, cicah nescafe o... nyum nyum
 
resepi water roux,

25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

No comments: