Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, September 15, 2015

Pulut dan rendang daging


rendang dan pulut yang kak rose buat beberapa hari lepas... selalu jer entry tertunggak... kadang2 tu memang tak de mood nak mengupdate dapur masak2 ni... amik gambar pun asal ade jer buat kenangan apa yang kita masak.... pas tu nak jugak tepek kat sini... stok pulut yang banyak, tak tau nak masak apa... terlintas pulak nak makan dengan rendang... so merajinkan diri membuat rendang from stratch.... jenuh jugak baru dapat makan, tapi puas la hati boleh makan berulang2 sampai bam bam!

 resepi rendang kak rose copy dari kak Hanieliza, tapi kak rose tak tambah cili api tu... malahan kurangkan kepedasan tu.... al maklumlah, perut dah season.... tak tahan pedas!

Bahan-Bahan:

1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk[
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik (yang ni kak rose suka bubuh lebih)
1 s/besar gula merah
garam


Bahan-Bahan dimesinkan
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai


Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.
7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

4 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer....

Tengku Sofia said...

Kegemaran I ni.

Faizah Zaini said...

salam kak rose
saya faizah.. blogwalking ke blog akk
tertengok menu pulut dengan rendang ni.. aduii sungguh buat saya kebulur plak hihihi..
jemput jenguk jenguk blog saya juga kak
www.rehatdanrawat.com

sue said...

anak dara sue memang addict sangat ngan pulut kuning ngan rendang ni..
kekadang suruh buat untuk sarapan g sekolah haha..berpeluh mamy dia :)