Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, September 27, 2015

Popia n home made cili sos

 Asalamualaikum dan selamat petang semua..... jom layan petang2 yang berjerebu dengan popia inti jejari ketam n sayur mayur cicah dengan home made cili sos yang sedap nih. sejak terjumpa resepi dari CMG ni, dah banyak kali lah kak rose mencuba resepi ni... meh kak rose kongsikan kat sini resepinya... mekasih ya cik mat.

 
BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 camca besar penuh cuka (cm guna cuka makan JALEN) 
1/3 cawan gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air = kacau rata
Sedikit bijan, disangi hingga harum
 
Cara2
Kisar cili, bawang putih dengan 1 cawan air hingga halus. 
Tuang ke dalam periuk, masukkan gula dan sedikit garam. 
Kacau rata dan masak hingga mendidih. 
Kecilkan api dan masak sekejap lagi. 
Masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka makan. 
Kacau rata dan masak hingga pekat. 
Matikan api dan tabur bijan sebelum dihidangkan bersama popia...

dan ni dia... sebakul popia dah ready untuk dinikmati.... inti popia ni kak rose buat awal2 n toskan air nya.. bila dah sejat barulah gulungkan.... x la basah kulit popia tu kan dan bila dah goreng kulit akan jadi rangup. krup krap, best.... cicah pulak denga cili sos home made ni. hmmmmmm sedapnya!

2 comments:

Nooriah Abdullah said...

kakrose minta sikit popia dan sos homemade tu???
lapar lah pulak malam2 ni

Nor Dila said...

mashaAllah sedapnya tengok,,dulu2 rajin buat popia ni,skg ni pandai malas dah,tapi nampak popia kak rose rasa nak buat pula,,hehe,,tq share resepi.