Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, September 3, 2015

Brownis kedut

 Asalamualaikum dan selamat pagi semua.... terjebak jugak sudahnya.... sana sini buat tayangan amal dengan brownis kedut ni, so memang teringin sangat nak mencuba dan ini lah kejadiannya... tidak seperti yang kak rose harapkan pasal rupanya tu... kedutnya tak tau pulak hilang entah ke mana????? tapi walaupun rupa parasnya sangat tak semenggah, rasa nya sangat lah umphhhh gitu... dan lepas sehari rasanya lagi moist n sedap sangat. terim kasih pada semua yang kongsikan resepi ya

kak rose mohon kopi kat sini resepi dari ita masam manis.... tengok step by step nya tu lagi la teruja nak buat.... mekasih ya ita, walaupun inilah rupa kejadian brownis kedut kak rose!

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko


Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!
Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

5 comments:

Mommy Alma said...

Hahaha...terjebak sudahhh!
Anak2 saya tak minat brownies, depa ckp macam rasa kek bantat hmmm...saya pulak kurang dgn coklat2 nih
Tapi saya nk wat jugek, nk jamu kawan2 opis :) :) :)

Dilah Naim said...

Terima kasih sudi share resepi..

kelmarin dah buat tapi tak dapat kedutnya..

maybe sebab yg saya buat tu resepi versi chewy brownies..

next time saya try resepi versi kedut ni pula.. ;-)

Nooriah Abdullah said...

wah kakrose dah buat brownies kedut ni sedapp nya macam nak try

ibusya said...

Saya pon dah terjebak k.rose.. Kali pertama buat pon jadi mcm k.rose punya.. Sy agak over cook.. Kali kedua allahamdulillah jd kedutnya

ibusya said...
This comment has been removed by the author.