Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, December 14, 2014

Udang goreng celup tepung

 proses nak clearkan stok dan kosongkan fridge yang akan berangkat jauh ke utara hujung tahun ni... macam2 ade dalam tu... segala mak nenek yang boleh sumbat dalam fridge semua nak kena clearkan sebelum next week, sebelum pekerja movers datang buat packing... minggu yang sangat sibuk buat kak rose.... jumaat ni nak buat majlis khafi buat kali terakhir bersama kawan2 muslimat shah alam, pas tu nex week pulak ade family gathering di JB dan sangatlah sibuk nak uruskan dan make sure yang kita rancangkan akan berjalan dengan smoothhnya.... ni nak keluar jap lagi untuk settlekan mencari hadiah untuk family day tu...dan after family day.... selamat tinggal Shah Alam..... huhuhu sedihnya!!!!

so ari ni mula proses nak clearkan fridge dulu.... udang sekilo yang dibeli baru sedikit terusik dan buat udang celup tepung ni... ayam ikan siakap ade dua ekor lagi...entah bila nak masak lagi la pulak... tak dak mood dah! tak per kali ni kak rose kongsikan resepi udang goreng celup tepung yang kak rose cnp dari blog Raidah ni... mekasih ya, mintak izin nak kongsikan kat sini lak... sedap. meratah gitu jer pun sedap!

Bahan-bahan:

Udang secukupnya
1/2 cawan tepung perasa serbaguna
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil baking powder
1 cawan @ secukupnya air
~ Satukan semua bahan dan bancuh dgn air. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat ataupun cair.
Bahan sampingan ~ 1/2 cawan tepung perasa serbaguna untuk menyalut udang.
Minyak secukupnya untuk menggoreng.

Cara penyediaan:

1. Udang yang telah dibersihkan gaulkan dengan tepung. Kemudian celupkan udang tersebut ke dalam bancuhan tepung(batter).
2. Goreng ke dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga kuning keemasan.
3. Angkat dan toskan.

1 comment:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak Rose..lama tak masaak udang celup tepong camni..sedapnyaaaa!!!