Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, December 19, 2014

Semakin hampir

 Asalamualaikum dan selamat malam semuanya... dah malam barulah dapat nak menghadap dan menhapdet rumah maya kak rose ni... sepagian busy dengan majlis bacaan surah Al-Khafi kat rumah kak rose. baca dalam sejam jer tapi makan2 dan gebang2nya sampai tenghari. sangat seronok denan aktiviti setiap pagi jumaat ni.... tapi sayangnya...ni adalah kali terakhir kak rose dapat join dengan kawan2 ni semua sebelum kak rose ikut suami berpindah for good...

 notice yang diberikan sangatlah pendek... dua minggu terakhir ditahun 2014 ni, jadi sebelum pergi kak rose sekali lagi adakan bacaan surah Al-Khafi dan bacaan doa selamat kat rumah ni, walaupun baru dua minggu lepas kak rose jadi host majlis ni...


 Alhamdullilah, walaupun tidak ramai yang boleh menghadirkan diri, tapi kak rose sangat berbesar hati pada kawan2 yang meluangkan masa untuk datang kat rumah kak rose ni... terima kasih sangat2 buat kawan2 semua, sayang semua ketat2 dan terima kasih jugak denagn buah tangan yang sedap2 sampai tak muat meja...

 sempat posing selepas bacaan surah Al-Khafi

 Kak Kalsom dan Puan Norlia dengan nasik lemak sponsor dari Puan Maznah, jiran rumah sebelah yang juga akan berpindah ke JB. mekasih mek, sedap nasik lemak dengan sambal sotong tu...

the array of kuih muih yang dibawa oleh kawan2... kak rose cuma sediakan pulut n sambal tumis ikan bilis, dan roti jala berserta kuah kari ayam, air minuman panas dan sejuk.

1 comment:

Bintangjauh said...

Salam Kak Rose,

Kemana gerangan arah baru tersebut? tertanya-tanya sambil berteka-teki jadinya Ratna mengenai pindah ke tempat baru "for good" itu, kalu tidak keberatan untuk dinyatakan ya Kak Rose...
Pasti kesan-kesannya kenangan selama menetap di rumah sekarang akan tetap dikenang bersemadi kemas didalam sejarah & pengalaman hidup Kak Rose yang telah dikongsi bersama sanak jiran tetangga yang berhemah mulia.
Selamat berpindah dengan sejahteranya semoga segala urusan dipermudahkan berjalan lancar hendaknya.
Salam mesra.