Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, December 4, 2014

Buah melaka in d house

 tukang masak ni kadang2 pening pale nak sediakan juadah untuk minum petang aka dinner kami berdua... tapi yang sebenarnya bila tinggal berdua ni penyakit m tu memang banyak sangat... walaupun molot n perut tak pernak kata no masa tengah lapo! so seadanya yang mudah disediakan dan cepat jer dapat menikmatinya.... agaknya kalau ade buah melaka yang readymade, tinggal nak panaskan jer pun lagi mudahkan. apa punya penyakit malas kan?

so petang semalam merajinkan diri buat buah melaka ni... buat pun ciput jer takat untuk makan berdua, secawan tepung pulut pun dah banyak... ya lah kalau banyak2 nanti tak terabes jadi membazir je kan... dah la barang semua mahal, jadi kena la pandai berjimat cermat. buat kuih sendiri ni pun dah kira berjimat la kan! resepinya...

Bahan2 (dalam 20 biji)
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dengan air)
  • 1/3 cawan air dengan 2 titik pewarna hijau
  • 1/2 cawan kelapa parut digaul dengan 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 keping gula melaka/kabung (dipotong kecil-kecil)

Caranya
1.  Di dalam besen saiz sederhana, gaulkan tepung pulut, tepung gandum, air daun pandan dan air warna sehingga mesra sebati dan tak melekat dijari.
2.  Sediakan periuk berisi air, untuk proses masak buah melaka.
3.   Sementara menunggu air mula mendidih, canaikan adunan sebesar duit 20 sen dan masukkan gula melaka yang dipotong kecil, siapkan dalam 4-5 biji.
4.  Air dah pun mendidih dan masukkan buah melaka, kalau dah masak ia akan timbul.
5.   Setelah itu angkat dan toskan.
6. Pindahkan kedalam dulang berisi kelapa parut untuk dioleskan.
7.   Okay, dah siap, maka bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau bila2 rasa teringin nak makan buah melaka. Selamat mencuba

3 comments:

IeRA said...

Singgah sini..

Jika sudi follow saya ye..tq

http://teratakcassia.blogspot.com/

Shamsiah Abdul Rahman said...

Kalau Sham la kak.. sebiji capai.. sebiji hilang.. lps tu meletup dlm mulut..

Aduhaiii.. nikmatnya..

Ummu Athiyah Ismail said...

lamanya tak makan kuih buah melaka ni..kalau beli kecik2 jer & mahal lak tuh..