Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 5, 2014

Pulut mangga thai


salam dan selamat pagi semua... apa agaknya sarapan pagi ni ya... kalau nak sarapan dengan pulut mangga pun boleh kan, tapi kena berhati2 sbb ade orang yang makan pulut ni jadi lemah dan mengantuk pulak.... kang tak pasal2 kena sergah dengan boss pulak!. apa pun pulut mangga santan ni kak rose buat untuk minum petang semalam... pulut n mangga ori dari thai yang dibawakan oleh my beloved  mil yang datang menjenguk kami disini...

 

 resepi pulut ni kak rose kopi dari blog citarasawan, mulanya kak rose berkenan sangat dengan presentation dia, so nak cubalah cam tu kan.... tapi ni la hasil keras tangan kak rose... sobek sana sini. untuk nak sedapkan mata, apalah ade pada rupa kan.... yang penting sodap gitu!. mintak izin nak kongsikan resepinya kat sini ya kak1. mekasih.


Bahan-bahan 
2 biji mangga - potong ikut suka
250gm beras pulut - rendam semalaman atau 4 jam
100ml santan + 1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan - carikkan

Sos santan
150ml santan KARA
150ml air
4 sudu besar gula perang
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
4 sudu kecil tepung jagung larutkan dgn sedikit air





Cara-cara :
1.  Tos pulut dan kukus selama 15 minit.  Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
2.  Gaul bersama santan hingga rata.  Masukkan kembali ke dalam pengukus bersama daun pandan.
3.  Kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.
4.  Sos santan :  Satukan semua bahan kecuali tepung jagung.  Masak hingga gula larut.  Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga sos nampak pekat.
5.  Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.

12 comments:

inazamri said...

nyesal pulak tak beli mangga kt pasar mlm smlm.terliur pulak tengok pulut mangga ni

Khairul Bariah said...

pulut mangga ni mmg sedap..saya pun suka makan :)

ctmz said...

waahh! mmg teringin nk makan pulut mangga ni.. tup2 trus ade resepi.. pasni nk crk mangga la, boleh try homemade plak drpd beli kn.. =) thanxx sis..!

cheq da said...

Sedap nih...bakal dicuba..stok mangga banyak di pasar tani skrg

Mai Has said...

baru je beli mangga semalam.pulut pun ada.mmg sesuai la nk try ni.love it!

Kak Rose said...

Inazamri, musim mangga sekarang, boleh la mencuba pulut ni...

Kak Rose said...

Khairul Bariah, sedap n sangat tinggi carbo n kolesterol jugak!

Kak Rose said...

ctmz, sama2 dan selamat mencuba ya.

Kak Rose said...

cheq da... sementara mangga murah sekarang ni kan...

Kak Rose said...

Mai Has, selamat mencuba n menikmati pulut mangga yang sedap nih!

Anonymous said...

Nigeria is important is that it is made to your niche can still get
it the legion of online writing. These competition days Internet
is, you'll need an innovative website; , that is being covered.
The website which is Google, Yahoo and Bing.

Anonymous said...

Hello There. I found yoսr blog using msn. This is a rеally
weol writtеn article. I will mzke sure to boօkmark it and return to reаɗ more
oof your useful info. Thanks for the post. I will certainly return.

Mү homepage: concrete driveways cost