Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 26, 2014

Getting ready for puasa

 Salam dan selamat tengah hari semua.... kejap jer dah tengahari kan... rasanya baru habis balik dari berbriskwalk pagi tadi, mesin kain pun tak sidai lagi.... tengok jam dah pukul 12 lebih. cepat sungguh masa berjalan kan. dan tinggal sehari lagi kita semua akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan... kena persiapkan diri, mudah2an kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa siang dan malamnya...Insya Allah. selain itu, sebagai tukang masak nak jugak sediakan apa2 yang patut untuk menu berbuka nanti... salah satunya frozen popia ni.... buat banyak2 n frozenkan, nanti2 kalau jem tak tau nak masak apa, kita goreng jer popia frozen ni. mudahkan!

 off to the freezer,  hasil keras tangan kak rose... bermacam2 saiz ado!

banyak kak rose buat ni.... tapi yang tak bestnya, kulit popia ni dah mencanak2 harganya...rm5.90 per 50pcs pack... agaknya len kali kena belajar buat sendiri kot kulit popia nih! cara kak rose nak simpan frozen.... bila dah siap gulung tu, masukkan dulu dalam freezer. bila dah beku barulah simpan dalam zipper bag, mudahkan. lain orang mungkin lain caranya.... kalau ade cara lain mungkin boleh sharekan kat sini pulak ya kawan2...

sebelum simpan, nak jugak merasa.... goreng sket untuk minum petang kami anak beranak...sedap, cicah dengan sos cili yang buat sendiri... lagi la sedap! untuk inti popia ni kak rose bubuh udang, carrot, sengkuang dan taugeh. vegetables popia la kiranya dan selamat berpuasa buat kawan2 semua....

4 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum K.Ros,
Mmg lebih puas hati bila kita sendiri yg buat kan.
Dr bab kebersihan sampailah ke inti ramuannya.. semua kita yg kontrol.
Cuma Sham ni kurang bab "kerajinan".
Nak menggoreng tu yg malas sbb tak sempat nak hidang.. dlam bekas tapis minyak pun dah "selamat".

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Sham..
betul sangat tu sham, kebersihan kita tak pasti dan mahal pulak tu..

bagus jugak kalau cepat "selamat" tu, puas hati tukang masak... ada tukang perabeskan!

Amie said...

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Kak Rose... moga bulan mulia ini kali ini lebih bermakna buat Kak Rose.

Kak Rose said...
This comment has been removed by the author.