Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 13, 2014

Kuih cara berlauk

 Asalamualaikum dan salam hari Jumaat penghulu segala hari.... salam nisfu Syaaban jugak pada semua. ramai yang berpuasa hari ni, dan tadi masa dimajlis bacaan Surah Al-Khafi pun ramai muslimat yang berpuasa. Alhamdullilah. tapi kak rose tak puasa pun dan buat kuih ni dipagi hari untuk pot luck majlis tadi. actually ni first time buat kuih ni, selalu buat yang manis tu jer sbb anak mmg suka sangat dengan kuih cara manis ni...kira ni first experiment la, nasib baik menjadi dengan jayanya! masuk lift tekan butang sendiri kak rose ni kan! haishhhh!!!!

 resepinya kak rose cnp dari blog Gee, mekasih kongsi resepi dan kak rose mintak nak kopikan kat sini lak ya.... nnti bulan puasa boleh cuba lagi buat ni. sedap!

Bahan untuk Inti

200g daging cincang
1 biji bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
sedikit minyak untuk masak
sedikit daun bawang dan daun sup dipotong halus
sedikit garam dan gula

Bahan untuk batter :

1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur

1 cawan santan
1 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur


Cara-cara membuat kuih cara berlauk:

1. untuk batter kuih cara, masukkan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair. ketepikan

2. untuk inti, panaskan minyak, tumis bawangputih yang ditumbuk, masukkan pes serbuk kari sehingga naik minyak. masukkan daging dan gaul sebati.

3. masukkan bawang, daun bawang dan garam. gaul sebati. masak hingga kering kuahnya.

4. panaskan acuan kuih cara di atas dapur, sapukan minyak pada acuan, masukkan batter kuih cara. kemudian masukkan inti kedalam batter kuih cara tersebut. hias dengan cili merah dan daun sup.

5. biarkan 7-8 minit atau sehingga kuih masak.

4 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya kak rose, saya suka kuih cara berlauk ni... Nanti nak cubalah..

Kak Rose said...

Yati, kak rose pun ni pertama kali buat, mmg sedap. len kali boleh buat lg.

DYatie ABakar said...

Sedapnya tengokkk! Yatie teringin nak buat benda2 mcm ni. Tapi kebiasannya tak menjadi. Churros pun tak jadi. =_=

Kak Rose said...

DYatie, kalau ikut resepi ni Insya Allah menjadi, x rugi mencubanya.