Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, January 24, 2014

Talam tokyo

 Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari...buat kuih talam ni untuk buah tangan majlis bacaan surah al-Khafi pada setiap pagi jumaat oleh muslimah kawasan perumahan kak rose ni... ni kali ketiga cubaan kak rose nak buat kuih ni, yg pertama kali elok jer jadinya...tapi lepas tu dua kali kak rose buat asik terlembik jer lapisan atas tu... entah apa yang tak kenanya....so cuba lagi dan dengan menderhakakan resepi lapisan atasnya.....dan inilah jadinya.....

resepi kak rose amik dari rumah Maz Ilham Dapur, untuk lapisan bawah dan lapisan atas kak rose cuba guna sukatan untuk buat pulut seri warna. ampun maaf dipinta kerana mengkahwinkan kuih talam tokyo ni dengan resepi pulut seri warna....

Talam Tokyo 
Bahan-bahan
Lapisan Bawah
  • 30g suu'un - rendam selama 10-13 minit - gunting kecik-kecik
  • 125g sagu kecil - cuci dan rendam 10-13 minit dan toskan
  • 50g kelapa parut -amik yang putih je
  • 1 sudu kecil garam
  • 200ml santan
Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 15 minit,bila dah masak tekan-tekan sikit dengan sudu (pastikan tutup pengukus ditutup dengan kain/towel)
Lapisan Atas
  • 150g gula pasir
  • 50g tepung kastard
  • 400ml santan
  • 1 biji telur (gred A)
  • 1/8 sudu kecil air abu (kak rose x de, so x letak)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau
  • sedkit paste pandan
     
    Cara-cara
    1. Satukan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan tapiskan dalam periuk
    2.Masukkan gula dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat gitu)

    3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 30 minit. Siap dan buka tutup pengukus dan sejukkan dulu sebelum dipotong.  
untuk lapisan atas kak rose guna separuh dari resepi ni... dan ikut step yang sama .....

Lapisan Atas

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
 
 bersama sebahagian muslimah yang hadir dimajlis bacaan surah al-Khafi. terima kasih puan fadillah sebagai tuan rumah kali ini, siap ada cabutan bertuah lagi...tahniah pada 5 muslimah yang berjaya mendapat rehal yang cantik dari puan fadillah, semuga akan bertambah rezkinya nanti. Amin...

5 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Jauh datang kuih talam ni ye kak rose .. dari Tokyo tu ehe :)

Sedap pulak tengok kuih tu ... macam nak cuba jer macam nak makan jer :)

fazianbatrisyia said...

Kuih talam kegemaran sy ni...sy penah try buat 2 kali...tapi sekali jek jadi. len kali boleh try resepi ni pulak...

suri solehah said...

Kak rose,,cantiknya lapis atas talam k.rose,,,nape kalau suri buat talam,,lorat nk jadi berslun huhu

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Rose..Alhamdulilahhh,rezeki utk Muslimah2 Di majlis agama ini.

azieazah said...

Saya pernah order satu talam Kuih Talam Tokyo ni dari kawan. Memang sedap. Makan time sejuk saya suka.

Dan saya baru tahu lapis bawah tu gunakan suun, bukan sagu dan kelapa saja. Memang unik!