Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, February 5, 2010

Pizza

Selamat petang semua.... mari kita minum petang dengan pizza nih.... boleh kenyang sampai ke malam..... no more dinner dah.... terpandang hawaiaan pizza kat rumah ros@jintanmanis tu sungguh menggoda jiwa dan raga kak rose.... dan hari ni dengan bersungguh2nya kak rose mencuba buat..... tapi x mungkin jadi secantik dan secomel tuan punya resepi tu..... topping nya pulak kak rose letak crabstick, sotong ball, sosej, tomato dan capsicum... macam pizza super supreme je topping nya.....nenas x de....cheese pun guna slice cheese je.... ros, apapun tima kasih for the recipe..... kak rose kopipes kat sini ya.....

Bahan-bahanya

Untuk Doh Pizza ( pizza bentuk bunga dan di dalam crust ade sosej)

250gram tepung roti

140ml air suam

1 1/2 sudu kecil yis ( ros guna dry yeast)

1 sudu kecil gula

1/2 sudu kecil garam

1 sudu besar marjerin- boleh diganti dgn 2 sudu besar olive oil (guna olive oil)

sedikit oregano (x letak)

Untuk inti di dalam crust

4 sosej yang di rebus dahulu dan yang telah dipotong pendek. (k rose guna 5)

Untuk Topping

1/4 biji nenas saiz kecil dipotong nipis

100gram isi ayam bahagian dada, ( di saute perang dahulu)

hirisan bawang

hirisan tomato

sedikit mix cheese atau keju mozarela

( jika mahu letak tomato kechup atau pizza souce pun boleh juga)

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan doh dan uli hingga lembut dan elastik, kalau ade Bread Maker, tekan menu Dough dan ON, tunggu sampai siap. Kalau guna BM boleh skip langkah di bawah, dan bila Dough dah siap tu boleh terus bentukkan sahaja. (Kak rose x de BM, uli guna tangan je..... sampai naik muscle dilengan.... he he he)

2. Jika menggunakan manual, iaitu uli tangan, bila doh telah lembut, perap doh sehingga dua kali ganda, dan kemudian tumbuk-tumbukkan doh bagi tujuan keluarkan angin, uli lagi selama lima minit, kemudian canaikan doh, dan ambil 1/2 bahagian doh dan ketepikan, separuh lagi boleh bentukkan untuk dasar pizza.

3. Separuh lagi, bahagi doh pada bahagian-bahagina kecil lebih kurang 18-20 saiz kecil, kemudian masukkan sosej yang telah dipotong pendek tadi, pastikan doh menutupi sosej. Ulang langkah tadi hingga sosej habis, kemudian atur di atas doh dasar pizza tadi, pastikan separuh crust tadi mengenai permukaan pizza dan separuh lagi biarkan terkeluar, jangan risau , apabila sudah kembang nanti semuanya akan bercantum, dan jangan di susun rapat sangat pastikan ada ruang sedikit untuk doh crust mengembang.

4. Cucukkan dasar doh pizza dengan garpu dan biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali toppingkan pizza dengan ayam, nenas, bawang dan tomato serta taburkan keju di atasnya, bakar pada suhu 180darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan pizza perang. Selamat Mencuba.


selepas 20 minit dalam oven....... tinggal nak ngap je.....

mari2..... jemput makan.....

2 comments:

Love2cook Malaysia said...

Hi Kak...now ur pizza is making me drool nonstop! It's look sooooooooooooooooooooooooo yummy...I'm speechless! :)

Kak Rose said...

Love, dont blame me... the blame must go to ros@jintanmanis for ur drooling... pls try it and u wont regret for making such lovely pizza....