Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, August 28, 2016

Lontong simple untuk bekpes

 bila teringin nak makan, memang kak rose kena lah merajinkan diri untuk nak buatnya... selalu bila membeli ada saja yang tak kenanya ditekak, so jalan yang paling baik ko buat lah sendiri... nak buh apa pun terpulang, asalkan tekak boleh terima kan... baru lah puas hatikan..

 kuah lodeh in the making... atas api dapo pun boleh nak posing... segala sayur ada dalam tu... carrot, kubis panjang, kacang panjang, sengkuang, fucuk dan sohon jugak... lebur semua sekali dalam tu....senang kerja kan. yang paling penting sekali kuah lodeh kak rose ni mesti ada tempe, kalau tak de rasanya macam ada kureeeeng sikit rasa dia pada tekak kak rose la.

 dah siap bolehla mengadap dengan nikmatnya... udang beso tu kak rose buh sikit jer, tapi udang yang kecik2 tu dalam satu mangkuk kecik, jugak udang kering yang diblend kering.. dan kuah santan tu kak rose tak mo pekat sangat...nanti cepat muak, tak dapat nak makan banyak! tamak sungguh kan!

 nasi impit yang kak rose buat sendiri... haha... sendiri buat sendiri makan kekdahnya!

pelengkap pada lontong kak rose, sambal tumis tak pedas... puas hati sangat dapat breakfast dengan lontong dipagi minggu... boleh mengulang sampai petang. itulah kak rose, peminat lontong. masa buat open house raya hari, cuma dapat merasa sikit jer... habis licin semuanya... tuan rumah dapat cuci periuk jer. Alhamdulillah, kawan2 yang datang suka dengan masakan kak rose ni.

Saturday, August 27, 2016

Terdayakah nak ikut ni????

Perkongsian yang bagus untuk kita semua dari wall facebook... dayakah kita nak ikut macam yang disenaraikan tu... huhu. terima kasih Nadia dari mingguan wanita untuk gambar dan artikel tu.

12 Teknik Ini Boleh Kembalikan Bentuk Badan Anda Seperti Dulu
 12 Teknik Yang Boleh Kembalikan Badan Asal Anda Dulu
Macam-macam cara diet dah cuba tapi masih tak berjaya. Ini yang boleh membuatkan kaum wanita jadi tertekan dan malas nak teruskan diet, bukan?

Sebenarnya masih banyak banyak cara dan tip yang berkesan untuk membantu anda membakar lemak dengan lebih berkesan. Paling utama untuk memastikan usaha anda menemui kejayaan ialah disiplin dan komitmen yang tinggi.

Sematkan dalam diri anda bahawa tiada yang mustahil untuk anda lakukan. Cara ini akan buat anda lebih bersemangat untuk berusaha mencapai apa yang diidam-idamkan....

1. Kawal keinginan untuk minum minuman ringan. Lupakan terus minuman ringan untuk sepanjang tempoh ini atau pun kalau boleh sampai bila-bila. Gantikan dengan air putih dan ambil dengan kerap. Kurangkan juga pengambilan air teh dan kopi. Jika ingin juga mengambilnya, bancuh teh dan kopi tersebut dengan susu skim. Elakkan penggunaan susu pekat manis.

2. Pujuk hati anda agar melupakan seketika pengambilan biskut dan kek yang manis-manis. Ya, memang anda menyukainya tetapi anda perlu berkorban. Pastinya pengorbanan anda itu berbaloi-baloi. Tetapi jika anda memang tidak menggemari makanan ini, anda dikira bertuah.

3. Lupakan semua jenis pasta. Sebarang jenis pasta, tidak kira spageti atau makaroni, ia tidak sesuai untuk anda.

4. Panggang semua jenis daging yang anda ingin makan. Buang lemak dan kulit ayam, itik dan ikan. Jangan sekali-kali makan daging yang digoreng. Percayalah,  tidak baik dan melambatkan proses pembakaran lemak.

5. Sasarkan sekurang-kurangnya 1gm protein per paun daripada berat badan. Ambil semua jenis makanan rendah lemak, rendah karbohidrat dan bancuhan susu (protein). Ia dikenalpasti sebagai cara yang pantas membakar lemak, mudah dan berkesan.

6. Ambil vitamin C yang mencukupi. Dalam sehari, dinasihatkan untuk mengambil kira-kira 1000 mg. Jumlah itu menyamai 22 biji buah oren. Ia penting untuk sistem imunisasi tubuh, menurunkan paras tekanan darah dan menurunkan kolestrol.

7. Cuba tetapkan untuk mengambil sebanyak 5 ke 6 hidangan ringan dalam sehari. Ini lebih baik daripada anda mengambil cuma 3 kali sehari makanan tetapi dalam jumlah yang banyak. Apabila makanan diambil dalam jumlah yang sedikit, lebih mudah dan cepat dicerna oleh tubuh.

8. Jika anda peka terhadap pengiraan kalori, cuba kurangkannya sebanyak 10 peratus. Dapatkan panduan pengambilan kalori dalam majalah dan juga aplikasi yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

9. Keju juga tak baik untuk anda, termasuklah yang rendah lemak. Sebagai pilihan, anda masih boleh mengambil keju kotej.

10. Makan daging yang diproses juga tidak digalakkan. Ini termasuklah chicken chop, lamb chop, sirloin steak dan sebagainya. Tak kiralah sama ada  rendah lemak mahupun tidak kerana bahan-bahan yang digunakan untuk memproses daging itu adalah tidak  ‘mesra’ dengan tubuh anda.

11. Senaman juga penting bagi mendapatkan keputusan yang optimum. Beri perhatian yang lebih pada latihan kardio (menguatkan jantung). Sebagai altenatif, anda boleh bersenam lompat tali dan menggunakan semua mesin kardio yang tersedia di gimnasium.

12. Bermula selepas masa makan tengahari dan ke atas, kurangkan pengambilan karbohidrat berkanji. Sebaliknya gantikannya dengan salad, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini lebih berkesan membakar kalori berbanding anda makan makanan yang berat.

Ok, banyak pilihan yang anda boleh cuba. Ingat ya, jangan cepat putus asa untuk dapatkan tubuh badan yang sihat, amalkan setiap langkah demi cantik dan sihat untuk orang tersayang!


**kak rose kongsikan kat sini.... semuga ada kekuatan untuk ikut seperti yang disenaraikan tu... tak semua, sikit2 pun jadi la kan! apa punya alasan!

Friday, August 26, 2016

Mayonnaise pancake

 Kes tak boleh tengok tayangan amal kat blog kawan2... 

ni la kalau asik nak g sekodeng blog kawan2, bila nampak terus jer nak jugak makan... dan kenalah merajinkan diri untuk nak buat nya... tak pe la kan, sendiri buat dan sendiri makan... pas tu sendiri komplen tak leh nampak tayangan amal dari blog kawan2.... apa kesahkan, asalkan tekak dapat apa yang teringin nak makan. pancake ni sangat lembut dan gebus, sedang elok manis dan lemaknya, so kak rose makan gitu jer, dayang2 sampingan... tapi en asben tetap jugak nak makan dengan butter n strawberry jemnya.


Bahan2:

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar gula castor
2 sudu besar susu pekat manis
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
2 sudu besar mayonis

Cara:
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.

Keistimewaan Ayat Kursi




 Asalamualaikum dan salam Jumaat buat kawan2 semua.... semuga semuanya ceria dan dalam lindungan Allah jua hendaknya... jom kak rose  kongsikan artikel yang baik2 untuk bacaan kita dan semuga kita mendapat menafaat darinya. Aamiin.

Keistimewaan Ayat Kursi

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”

5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”

6. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”

7.Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”

8. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”

10.Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”

11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”

12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”

13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”

Sumber: dari whatsapp kawan2, semuga bermanafaat.

Thursday, August 25, 2016

Orange smoothie

 segar nyaman dapat minum ni dihari yang panas membahang ni.... nikmatinya sejuk2 memang sangat heaven, segelas beso ni macam tak cukup jer rasanya... nasib baik ada lagi belen untuk nak menambah... tu la untungnya buat sendiri ni, minum pun boleh bertambah2.... kak rose la tu!

 resepinya kak rose cnp dari dunia dapurku .... mekasih ya. mohon izin nak kongsikan kat dapo kak rose pulak..

Bahan2:

  • 2 biji buah oren-buang kulit dan potong2
  • 1 cawan plain low-fat yogurt
  • 1 cawan potongan buah(pisang/strawberry/mango)-jun guna pisang
  • 2-3 sudu besar madu
  • 1 cawan ais

Cara2:

  1. masukkan semua dalam blender kecuali ais. kisar.
     2.  masukkan ais dan kisar sekejap. hidangkan. 
 

Wednesday, August 24, 2016

Tat nenas kerang

 Ishhhh!!! kak rose ni macam nak raya lagi jer kan... buat lagi tat ni untuk makan2 dan menambah ternakan lemak yang dah sedia banyak tu... hihi... sejak pertama kali buat masa raya hari tu dan tau akan kesedapannya memang rasa nak makan lagi dan lagi dan lagi jer.... masa buat open house hari tu depa makan hingga tinggal balang jer... so kali ni merajinkan diri buat lagi dan makanlah sampai puassss! sedap guna resepi ni, tak manis sangat dan tak muak jugak... melted in the mouth, gitu!


Bahannya...

Bahan A
150 gram butter
100 gram majerin
50 gram gula icing
50 gram susu tepung
50 gram tepung jagung
1/4 sudu kecil emplex
1/2 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur

Bahan B
350 gram tepung gandum
(tepung nanti boleh diubah suai supaya dpt doh yg lembut)
Inti nenas/epal yang secukupnya

Untu sapuan...
1 biji kuning telur
beberapa titik pewarna kuning
1 sudu kecil susu cair

Caranya...
-Sebatikan butter, majerin, gula dan telur gunakan senduk saja...kemudian campurkan semua bahan2 kecuali intinya.
- Uli doh sehingga doh tidak lekat ditangan, pastikan doh lembut supaya mudah utk proses menekan doh.
- Siap uli perap doh sekejap supaya bahan2 lebih sebati dan mesra.
- Ambil sedikit doh, masukkan dlm acuan tart kerang ..masukkan inti nenas dan tutup dengan sedikit doh lagi. Kemudian tekan acuan tart kerang..untuk mengeluarkan tart tadi. Susun dalam loyang pembakar.

Oleskan bahagian atas dengan sapuan kuning telur...sedia untuk dibakar...170c selama 25-30 minit atau ikut oven masing2 ye...
Selamat mencuba....

Tuesday, August 23, 2016

Kuih lapis sagu

 jumpa resepi kuih ni semasa bersauna memansakan diri atas kerusi nano, terasa sangat nak makan dan kebetulan pulak bahan semua pun ada... walaupun kelapa putih tu sangat kasar parutannya, tetap lah jugak nak mencubanya... end up nampak sangat tak cantik macam tuan punya resepi tu buat... berserabai jer kelapa tu dari potongan kuih tu... apa lah ada pada rupa kuih tu, yang penting sangat sedap buat kak rose yang memang suka dengan kuih yang berasaskan sago biji ni. jom kita tengok resepinya yang kak rose amik dari blog Ayu. mekasih ya.


Bahan A
90g gula melaka
25ml air
1 helai daun pandan
(masak bahan2 atas dan tapis, buang daun pandan)

Bahan B
250g  biji sagu, direndam 1 jam dan toskan
150g kelapa parut,yang telah dibuang kulit arinya
garam

Bahan C
130g gula kastor 
50ml air
1 helai daun pandan
(masak bahan2 atas dan tapis, buang daun pandan)

sedikit pewarna merah dan hijau


Cara:-
 
Satukan biji sagu yang telah direndam dan toskan tadi bersama dengan kelapa parut dan garam.
Kemudian bagikan kepada 3 bahagian yang sama banyak.

1/3 bahagian dicampurkan dengan bahan A, dan gaul rata.
Campurkan bahan C kedalam 2/3 bahagian yang tinggal. Gaul rata.
Ambil 1/2 dari bahagian ini di campurkan dengan warna merah, ketepikan, 1/2 lagi dicampurkan dengan sedikit pandan paste dan warna hijau ketepikan.
Alas loyang 7x7 inci dengan plastik wrap.
Masukkan sago yang berwarna merah dan kukus selama 10-15 minit.
Angkat dari kukusan dan ratakan( macam nak ratakan pulut serimuka), hingga betul2 padat & rata.
Masukkan sagu biji yang dicampurkan dengan air gula melaka tadi dan kukus selama 10-15 minit.
Angkat dari kukusan dan ratakan.
Diakhiri dengan sagu yang berwarna hijau+pandan paste dan kukus selama 30-40 minit atau sehingga masak.
Biarkan betul2 sejuk baru dipotong.